-----------

-----------

Monday, March 3, 2014

[Resepi] Tiramisu Biskut Paling Simple


Assalamualaikum...

Happy Monday!! Walaupun siang tadi kat opis hati ada sedikit panas dek kerana perbuatan "seseorg" yg sangatlah "sohai"...tapi aku tetap cool...aku taknak spoilt mood aku utk org yg suka menunjukkan "kebodohan" diri sendiri...kerana nak manjatuhkan seseorg..tak pe...rilex...tak moh marah2.....Allah sentiasa bersama org yg benar...tak kira lah dia bukan org Islam sekali pun..tapi tuhan kita tetap satu..kan? Pernah dengar pepatah Inggeris "Working with Idiot Will Kill You" ? Pada aku Ada benarnya jugak..tapi sapa lah kita nak judge org tu bodoh @ tidak..ye tak..buat tak tau sudah..hehe

Okay..tak moh citer pasal tu lagi..moh kita tgk resepi Tiramisu Biskut Yg Senang & Simple nih...budak kecik pun boleh buat owkey...zassssss!!!

RESEPI TIRAMISU BISKUT SIMPLE
Olahan Oleh : pdajawe@blogspot.com

Bahan-bahan 
250g cream cheese
100g whipping cream
1/4 cawan gula
Esen vanilla 
1sk jus lemon - utk mengurangkan muak cheese
secawan bancuhan nescaffe @ kopi
Biskut tiramisu 
serbuk coklat @ koko


Cara-cara
Pukul cream cheese, whipping cream dan juga gula hingga sebati. Masukkan jus lemon dan esen vanilla dan pukul lagi hingga kental.
Alas loyang dgn plastik (tak nak pon xpe). 

Celup biskut sesaat dua ke dalam bancuhan nescaffe. Kemudian susun ke dalam loyang. 



Cedokkan adunan cheese dan sapu rata ke atas biskut.



Taburkan koko dan susun semula biskut di atasnya kemudian adunan cheese dan koko. Buat sehingga habis.




Sejukkan semalaman dahulu di dalam peti sejuk. Tapiskan serbuk koko semasa menghidang.




Selamat Mencuba!!

No comments :

Post a Comment