-----------

-----------
Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

[ReSePi] BisKuT FaMous AmoS SeDaP yG PaLinG SeNanG GileR

Salam,

Okay..memandangkan banyak sangat permintaan nak resepi biskut ni lepas aku post kat Facebook..jadik terpaksalah aku merajinkan diri yg malas ni untuk mengupdate n3 nih..eh..eh...ikhlas tau lalink2 sekalian....sharing is caring suka aku dpt share ngan lalink2 semua...

Sapa tak kenal biskut famous amous ni kan.....nak kata sedap..ok lah..tapi harga dia lagi sedap...tapi aku tak prnah belipun..selalu makan org belanje jer..nak kuar duit aku utk biskut yg mcm chipsmore ni mmg taklah..baik aku beli aiskrim...huhuhu..tapi sekarang aiskrim pun xpayah beli dah..buat sendiri jer Homemade Aiskrim..lagi sedap...

Berbalik pada resepi Biskut Famous Amos nih..aku nmpk kat blog AZIE KITCHEN.... Tgk macam senang jer..tu yg petang ahad tu terus beli bahan kat Mydin..Seyes...tak tipu..memang senang giler nak buat biskut famous amos ni..giler pun tak senang macam nih...anak aku si kasih pun boleh buat..tak sampai 1 jam dah siap....Tak percaya?? Jom usha kat bawah nih yg aku copy & paste dari blog AZIE KITCHEN

Biskut Famous Amos yg SedaP


Biskut Famous Amos


Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract


Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara cara:
>>>Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
>>>Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. 
>>>Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. >>>Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik. 



>>>Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.




>>>Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:

1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair


Buat kecik2 sikit..nti dah mengembang melambak jadikknye..hehehe...



So Tunggu apa lagi..cepat2 salin resepi..esok dah boleh buat dah...senang giler kan nak buat biskut famous amos yg sedap nih...

Selamat Mencuba!!!