-----------

-----------
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Monday, December 30, 2013

[Resepi] Nasi Beriani Kambing Pakistan


Assalamualaikum

Nak share resepi nasi beriani Pakistan yang aku buat 2@3 mg lepas...dah lama nak buat nasi beriani ni sbb en husband & anak2 mmg suka...tapi macam leceh jer...tu yg tak jadik2 nak membuatyer...tapi kali ni aku merajinkan diri aku dan akhirnya menjadik jugak nasi beriani aku nih..walaupun nasi nyer tak berapa nak jadi..tapi for 1st timer banggo jugak lah aku...kehkehkeh...susah woo nak buat nasi beriani nih...paling mencabar tau...nak jadikan nasi nye berkecai2 sebiji2...meh lah kita usha resepinyer...


Resepi Nasi Beriani Kambing Pakistan
Resepi Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
9 keping kambing (dg tulang)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk 
1 ½ cawan yoghurt (banyak lagi sedap)
2 bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus 
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Lauk:
Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.


Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.


Masukkan kambing yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 


Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.


Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.


Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.



Letak pula lapisan kedua, iaitu kambing bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 


Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan kambing. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.


Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan kambing ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.



Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar 
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.


Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

Sunday, September 22, 2013

[ReSePi beSt] NaSi aYAm SiMpLe TaPi SeDap ~


Salam & Gud Morning...

Okay..smlm dah dapat ovallet yg dicari utk buat aiskrim dan dah abis pun misi membuatnye mlm tadi..Tp pagi tadi check aiskrim tak keras lagi..tak taulah kenapa..maybe sbb peti sejuk kat umah ni biol sikit kekadang..(biasalah dah sampai waktunye kan...hehe)

Okay2..title pasal nasi ayam apasal plak cite pasal aiskrim ye tak..aiskrim punya cie kita tg ptg sikit tgk resultnye ye..berbalik cite pasal nasi ayam ni...sebenarnye dah lama berangan2 nak buat..tp tulah berangan tp tangan tak jalan..mana nak jadik ye tak...

Nasi ayam ni ekcelly last week punya citer...nak dijadikan cerita last week kan minggu cuti "Hari Malaysia" kan...so hari sabtu tu tak delah nuat apa2. dok lepak kat umah jer..ari ahad plak en husband g pancing..awl2 pagi dah kuar...lepas je en husband g tu sambung balik tido..sedar2 kul 9pg kot..anak2 do kejut mama taknak bangun..bgn2 terus tgk hp..baru perasan date (15.09.2013)..alamak arini bday baba!! Biasa xlupa..entaah mcm mana leh lupa plak taun ni..(huhu..sori baba ). Jadiknye nak cover line tuh..cepat dok post kat FB "Gud Morning!! Happy Birthday Baba!!! Enjoy g fishing2 ya..bawak ikan besar2 nanti mama masak special!!
Haaa..nilah muka2 yg bangun tido terus amik gabo post kat FB..buruk perangai ko! Hehe...

Jadiknye dah post ayat power kat FB takkan tak de apa2 ye tak? teringat blak en husband mmg suka nasi ayam..Terus bagun tido men"google" resepi nasi ayam yg paling senang..tp sedap..yelah dah lah xpenah masak kangtgk resepi ssh2 nak cari pon payah..tp mmg peel aku ni semua nak senang & simple je..kalo yg ssh2 tu takde lah gamaknye aku nak buat...huhhuhu...ohkay2..panjang betul story morrynye...jadik resepi yg menjadi pilihan hati ialah resepi KASIHALEEYA..kalo nak tgk resepi asal leh tgk SINI. Kat bawah ni aku copy & paste bahan2 & cara2nyer ye..

NASI AYAM
3 pot beras (sedang elok utk kami berempat)
Basuh beras bersih-bersih dan toskan lemak dan kulit ayam
 (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* On kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia

1 kiub ayam
daun sup
daun bawang 
bawang goreng (xletak lupa)

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)

AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu (xletak sbb lupa beli)
3-4 titik minyak bijan (pun xletak) 

Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)

KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos

*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

Dah siap..tu je bahan2 & cara2..sgt2 senang..tp saya suka sbb 1st time buat nasi ayam..terus jadi..sedap plak tuh..(ececeh) puji diri sendiri plak..huhuhu..meh tgk sendiri hasilnyer....

Ha..inilah ayam saya..tp xcantik sbb saya siap2 suh org kat s/market siap2 potong sbb saya xpandai potong ayam..huhuhu
Nasi Ayam...Bunga pown xjadik..patah lah pulok...

Kuah Kicap & Sambal...Marvelous
Sup yg sgt simple..tp bebudak sampi menghirup!

Cuba tau jgn tak cuba..Thanks sesangat pada  kasihaleeya for this owesome & marbeles resepi... i loike!! budak2 ngan baba pun loike...Saya suka..saya suka (mei mei upin ipin intonasi yer). Next time nak try resepi AZIE KITCHEN pulokksss...