-----------

-----------

Saturday, November 30, 2013

[ReSePi] HoMeMaDe PiZzA MuDaH - ConFirM JaDiK!!

Assalamualaikum....

Okay ni nak share pulak resepi homemade pizza yang sangat2 mudah dan confirm jadik!! ye ke jadik? betul!serius! tak tipu...tipu dosa...hihik...Kalo tak jadik korang bagitau aku..aku belanja pizza....ekekekeke....Alaaa...orang trylah..bukan susah mana pown..aku pun dolu2 ingat susah sngt nak buat doh pizza nih..rupanya senang jer...asal korang ikut langkah2 kat bawah nih 101% mesti jadik...

Tak moh cakap banyak lagi, jomlah kita tgk resepi ni..resepi asal aku amik dari blog Azie Kitchen. Dalam banyak2 resepi, aku rasa resepi ni paling senang & aku paham..lagipun azie ada letak gambar sekali...so confirm korang mesti paham..kalo nak tgk step by step dgn gambars sekali korang leh g SINI . Korang kena buat mc yg azie ajar tau..jgn nak malas2 skip..

Resepi: HomeMade Pizza
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Topping: (ikut suka. aku pakai apa yg ada jer)
Sos spaghetti / apa2 sos pon boleh. aku paai sos tomato kfc 
Mozarella Cheese . aku pakai cheese biasa + cheddar cheese
Cocktail/sosej
Daging burger
Sardin

Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi

Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati

Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan

Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap/kain lembab dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian

Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai

Bakar pada suhu 190 degree celsius selama 20-25 minit.

Taadaaa...siap..kalo nak lagi senang, meh usha kat SINI. 10 min dah siap!!! Yummmy...

Selamat Mencuba!!!

Pizza Hand Toast Beef with Hotdog :)


Tebal sikit..kata hand toast macam kat domino tuh :)

Homemade Thin Crust Sardin with Hotdog. Yummy




[ReSePi] SarDiN RoLL SiMpLe



Assalamualaikum & selamat hujung minggu...

Apa khabar semua? Dah sarapan? Arini aku nak share resepi sardin roll yg sangat simple, senang, mudah, sedap & best..wah...melambung2 puji resepi nih...Serius..resepi ni tersangat best tau..resepi ni aku cari sbb dah boring dgn roti sardin goreng tuh, so buat sardin roll ni pulak...sangat2 mudah...kejap je dah siap..sedap plak tuh...Okay...jomlah kita tgk resepi nih...

Resepi: Sardin Roll
Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/3716

Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )

200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam
Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

Untuk Pastri 
Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Untuk Inti
Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
Tumis hingga betul² garing.
Cara menyediakan Sardine Roll
Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
Image_417_ Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

Sebenarnye aku punya pastri aku pakai lebihan pizza base yg tak abis arituh aku. aku simpan kat fridge pastu aku guna balik..so aku buat inti jer..inti tu pun korang leh tukar apa2 korang nak...aku ada buat hotdog jugak sbb si asih ni na makan hotdog....pastu korang gulung dan bakar..kejap je dah siap...tadaaa.....

Selamat Mencuba!!!

Sardin Roll Yg Crispy & Sedap



Haaaa..yg bulat tuh...Hot Dog Roll 

Thursday, November 28, 2013

[ReSePi] "iCe cReAM BrEaD" ReaDy wItH 2 INgReDiEnt OnLY!!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Rasa lama sangat tak update blog sejak Drama Jodoh Itu Milik Kita abis...Sebenarnye tangan mmg gatal nak mengupdate..tapi masa sgt2 lah limited..ditambah plak keje yg melambak2..penat sgt smpi tak mampu nak menaip pun...(yelah kat opis asyik menaip jer...kat umah dah penat malas nak menghadap lappy). Arini keje siap awal..dapat balik awal jadik bolehlah curi2 masa sikit untuk update blog ni..

Okay..berbalik kepada tajuk arini..."iCe cReAM BrEaD" ReaDy wItH 2 INgReDiEnt OnLY!! peh..tajuk omputih lah plak...bukan apa...aku pun tak tau nak letak tajuk apa..bila aku melayukan macam tak best la plak..kita layan je lah ye..resepi ni aku dapat kat youtube..semua gara2 si kakak yg rajin sgt tgk video masak2 kat youtube..kadang2 dia ada gak tunjuk kat aku suruh buat..tapi aku tak layanlah..tapi kes yang ni aku plak yg beria2 nak buat...nak tau sebab apa? sebabnye....aku nak tau betul ke idak bleh jadik...so, tujuan sebenar aku try ni sebenarnye nak berexperiment lah....nak tgk jugak..betul ke boleh jadik mcm dlm video tuh.. yelah..entah2 diorg tipu ke..so aku pun merajinkan diri buat balik dari opis petang tadi..

Jom kita usha resepi


Resepi: Ice Cream Bread

Bahan2:
2 cawan ais krim (apa2 perisa)
1 /2 cawan tepung naik sendiri



Cara2:
Keluarkan aiskrim & biarkan cair di luar seperti cream. Selepas itu campurkan tepung sedikit demi sedikit dah gaulkan sebati dengan spatula. Lengserkan loyang dengan mentega dan tuangkan campuran yg sebati ke dalam loyang. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 -180 C selama 30 minit @ sehingga roti masak.


Tadaaa...dah siap!! Aku pun tak tau ni consider roti @ kek..tapi aku punya macam nipis..mungkin sbb acuan cawan aku kecik kot...
aku saje letak chop chip bg nmpk cantik kunun..hehe



Korang nak tgk video youtube tuh??Meh usha kat bawah ni..
Tapi dia punya mmg cantik & gebu kan??? 
Mmg tak aci...korang trylah plak..nti bagitau aku korang punya plak ye...
Selamat mencuba!!



Thursday, November 21, 2013

[HiBuRaN] ToNtoN DrAmA JoDoH Itu MiLiK KitA Full EpiSoD OnLiNe - EpiSod 40 (TAMAT)


Salam semua....

Haaaa....n3 arini pasal Drama Jodoh Itu Milik Kita yang tgh meletopsss sekarang kat Astro Mustika, Saluran 134...Sapa layan citer nih cepat angkat tangan!!! Yeahhhhh..mesti semua pon dok layan kan....wah wah..wah..bila tgk mesti tak pandang kiri kanan kan..menyaksikan aksi Aariz Daniel & Dahlia Darius yang sangat romantik, comey dan sangat2 sweeettt kan...

Sekarang nih Jodoh Itu Milik Kita tgh kemuncak episod..aksi yang sangat meruntun jiwa..perjuangan Dahlia mempertahankan cintanya dan pengorbanan Aariz melepaskan kasihnya...waaaa...sedihnyer..masih terngiang2 baris2 ayat dalam novel yang dilafazkan oleh Aariz ngan Dahlia...Farid Kamil ngan Tizz mmg serasi...sangat bersahaja sampai kita pon terawang2 bersama2 scene yg diorg lakonkan...

Sebenarnye mula2 aku bukan layan pon cite nih...kalo korang nak tau umah aku mmg tak de astro..tgkler tv3 ngan tv9 jer..tv1, tv2, pun kelabu asap jer..hahaha..bukan taknak pasang..tak de sapa nak tgk pon..semua pun keje kan..malam baru balik..tgk tv jap dah tido..buat bazir bayor jer..tp ada satu lagi alasan yg paling best...nti takut gaduh ngan bebudak nih abis remote diorg pegang aku tak dpt tgk tv plak...ekekekeke..

Memang mula2 malas nak layan sbb aku tau kalo aku dah layan nanti mmg bawak ke tido, tmpt keje semua...macam citer adam & hawa dulu..Tapi memandangkan hari ahad tu aku tersangatlah free kat rumah, so aku pun gatal tangan dok tekan2 Jodoh Itu Milik Kita Full Episod Online..mula2 episod 1 - 5, pastu layan lagi..dan lagi..dan lagi...pastu abislah...kalo korang nak tau ari ahad aritu aku tgk start kul 3 ptg smpi kul 3pg layan Jodoh Itu Milik Kita episod 1 - episod 24..amik ko...kan...sapa suh start...Pagi2 raya hari smlm pon bgn2 terus bukak hp play episod 25..paling best lunch tadi smpi snggup tak kuar nak tgk episod 26..tapi diorg belom download lagi...maybe sibuk nak raya kan..padan muka aku..dah kena kuar tapau makan..hahahaa

Okaylah taknak bebel2 lagi..jom pada sesapa yg lom layan..meh sini aku bagitau info2 pasal cite ni yer...

TAJUK: JODOH ITU MILIK KITA

Astro Mustika, Saluran 134
Masa: Isnin - Rabu @ 10 mlm
Pelakon: Farid Kamil, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Lana Nordin 
Drama bersiri : 40 episod 
Terbitan: Pena Creative Pictures Sdn. Bhd 
Arahan: Jamal Khan
Adaptasi: Novel Jodoh Itu Milik Kita
Penulis:  Sara Aisha 

Sinopsis

Perkenalan antara Dahlia dan Puan Marina membawanya kepada pertunangan dengan Syafiq, anak Puan Marina. Walaupun mereka tidak bercinta, Dahlia bersetuju dengan pinangan Puan Marina kerana rasa hormat dan sayangnya pada wanita tersebut. Sementelah pula dia berasa simpati pada Puan Marina yang menghidap kanser perut dan tidak mahu mengecewakannya.

Pada hari pernikahan mereka, Syafiq melarikan diri atas sebab tidak dapat menerima pernikahan pilihan keluarga . Dalam kekusutan yang berlaku, Aariz Danial, abang kepada Syafiq yang baru kembali dari Melbourne diminta oleh Puan Marina agar menggantikan adiknya sebagai pengantin lelaki. Walaupun Dahlia membangkang keras, dia akhirnya terpaksa akur tatkala Puan Marina mula merayu-rayu. Aariz dan Dahlia bermula sebagai seorang kawan dahulu walaupun sudah halal berkahwin. Hormat menghormati sesama sendiri. Tanpa pengetahuan mereka, cinta diantara mereka sudah berputik. Syafiq telah ke Christchurch, New Zealand untuk mencari Alya, teman wanitanya yang melarikan diri daripadanya kerana takutkannya.

Sementara itu, Aariz mula gusar apabila ibunya memintanya membawa Syafiq pulang. Syafiq juga terkejut apabila mengetahui Dahlia berkahwin dengan Aariz. Perasaan benci membuak di hati Syafiq, lantas dia berikrar untuk memusnahkan kebahagiaan Aariz. Provokasi bermula. Aariz yang semakin berubah membuatkan Dahlia risau. Syafiq mula mempengaruhi Dahlia tentang siapa diri Aariz Danial yang sebenar.

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri

So..amacam? ada bran nak layan? Kalo korang pon macam aku tak de Astro jangan risau..korang leh tgk online..meh click kat bawah nih...Korang leh gak tgk update dari Facebook Jodoh Itu Milik Kita..


Jom cuci mata tgk gambar2 sweet diorg nih...















Sunday, November 17, 2013

[ReSePi] DoNuT SeNaNg & GeBu's



Salam...

Sebenarnya dah 3x jugak buat donut nih..dolu2 malas sgt2 nak buat kuih ke masak memasak nih..tapi memandangkan sekarang anak2 dah pandai meminta...so kenalah belajar jugak kan...takkan asyik nak beli kat kedai je kan..si Kakak plak asal makan sedap sikit kat luar msti tanya aku "mama pandai tak buat ni"...Pehhh..berpeluh nak jawab..ada tak de aku jawab je macam nih.."nanti mama tgk macam mana nak buat ye.." Ayat sangat2lah keibuan kunun..hikhik...

Berbalik pada donut nih...si kakak mmg suka gille ngan donut..kalo nmpk Dunkin Donut ke Big Apple ke...mesti dia nak beli...So aku pun men"google"lah resepi donut nih..nak cari mesti yang paling senang kan..kalo susah2 mmg aku tak layan...Resepi ni aku dapat dari MyResepi tapi bila aku nak buat semalam aku cari2 dah tak jumpa plak..nasib baik ada resepi dari Cik Azie yang aku kira lebih kurang sama...Mesti korang pelik kan..kata dah pernah buat tapi kenapa nak cari resepi lagi..kalo korang nak tau aku mmg mcm nih..dah selalu buat pun aku mesti nak rujuk resepi sebelum start buat..kalo dulu semua aku letak kat hp aku..tapi ada sekali kakak g masuk dlm tong sampah (dia delete)..mengamuk aku..tuh yg sekarang semua aku update kat blog..next time aku boleh rujuk..heheheeh

Okaylah..jom kita tgk macm mana nak buat donut yang gebu's nih..

Resepi: Donut Lembut & Gebu
Sumber: http://aziejaya.blogspot.com/2012/07/resepi-ii-donut-yang-gebu-gebana.html

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening (tak letak)
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih)

Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

SELAMAT MENCUBA!! Meh tgk muka budak2 yg happy sgt2 tuh...








Coklat tu aku letak coklat ganache..pastu tabur coklat rice..leh tgk resepi kat SINI..tapi aku tukar coklat masakan pakai serbuk coklat jer...

GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
4 sudu besar serbuk coklat 
3 sudu cawan susu pekat
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:
Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
Masukkan.minyak dan kacau.
Biarkan seketika baru dicelup donut separuh..pastu tabur coklat rice..siappp....

Saturday, November 16, 2013

[ReSePi] PaVLoVa oH PaVLoVa


Salam Semua..

Dah lama tak update blog..rindu rasanye...almaklumlah P1 quota usage bulan nih cepat abis...ni baru topup baru dapat update..mana taknyer..rumah ni semua dok layan youtube jer..baru 2 mg quota pun dah abis..kalo korang nak tau..anak2 aku mmg suka buka youtube..tgk upinipin lah...pada zaman dahulu, ice cream..macam2...kalah mama ngan baba...huhuhu

Oklah..nak citer pasal pavlova nih..sebenarnye aku mmg dah lama nak rasa Pavlova....tapi malas beli..konon nak buat sebab jumpa resepi macam senang jer...macam best jer..hikhik....So, aku pon beli bahan2 kat Mydin..ingat nak buat ari minggu nanti..tup tup en husben ada keje kat johor..dia bawak budak2 sekali..tinggal aku sorang2 kat umah nih..ari jumaat aku balik johor naik bas..aku bawak semua bahan2 nak buat pavlova ni sekali...xcited lah kunun..ececehh..

Oh..lupa nk bgtau..ni citer awal bulan aritu tau..masa cuti Awal Muharram..kebetulan..so aku amik cuti isnin dapat cuti panjang sikit kat kampung..dan kebetulan plak 04.11.13 birthday kasih yg ke-6 tahun..so tu yg makin xcited nak buat Pavlova nih..Resepi aku dapat dari blog Cik Epal ngan Fatin Liyana yang femes tuh...Mohon share ye...

RESEPI PAVLOVA

BAHAN - BAHAN :

Meringue
4 Putih Telur
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung

Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )

CARA-CARA :
Oven
1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius

Meringue
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk
Haa...nilah sampai bertanduk..siyes aku terbalikkan dia tak jatuh pun...hehehe   


* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer










5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)
6. Spread the meringue in a circle shape.
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.
Buat tinggi2 tau..tak payah ratakan..nti tak cantik...
Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.






Jom jenguk Pavlova aku...Kalo korang nak tau aku buat 2x..tapi dua2 tak memuaskan hati...so..aku mesti akan buat utk ke-3 kali...kepada sesapa yg teror buat whipping cream tuh..tolonglah ajarin aku yaaa.....1st time buat, whipping cream aku taknak kembang & kental...then pavlova taknak naik tinggi..flat jer....2nd time aku punya pavlova naik cantik dan aku pakai readymade whipping cream sbb takut tak jadik lagi.....tp whipping cream tu lama2 cair la plak....huhuhu...


1st Pavlova...whipping cream yg tak menjadi..tapi kejadian yg boleh tahan cantiklah..hehe
Nampak tak pavlova ku yg rata je tuh...terhangit sebelah plak tu kat bawah...kakak & adik posing sejukkan ati mama tuh...

2nd Time buat...pavlova jadik tinggi & cantik...tp...

Whipping cream tak cantik...dia cair then buah2 semua turun..taknak dok diam2 kat cream tuh...

Setelah di ejas-ejas...letak jelah macam2 mana ponn....buruknye pavlovaku....uwaaaaa
Tapi walaumacam manapun..Pavlova nih mmg terbaiklah...rasanye macam marshmallow..ranggup diluar lembut didalam...tapi mmg manis..sapa2 yg ada kencing manis baik jangan makan yer..hehehe...tapi bila mix dngan buah2 yg masam rasanya jadik serasi...Kepada sesapa yg belum mencuba...Korang kena cuba dulu baru tau sedap ke tak...patutlah kat kedai tu jual mahal2 kan...Ala...kalo sayang duit..buat je sendiri..senang pun senang..yg penting air tangan sendiri...leh makan ramai2...Selamat Mencuba!

Psssttt...tolong2...sapa2 tau cara2 nak buat whipping cream tuh..tolonglah bagitau aku yer...peace :)

Friday, November 1, 2013

[GUESS?] "Nah.. Ni utK MaMa..terBeli PlaK"

Salam Malam Jumaat,

Boring..sunyi rumah budak2 tak de...semua ikut baba g outstation kat Johor...Baba terus bawak budak2 balik Kluang tinggal umah nenek..jadinye tinggallah mama kat sini sorang2...hukhuk..

Errmmm...nak cite pasal surprise smlm nih...ptg smlm aku balik awl sebab baba bgtau dia lewat..jalan jem sebab hujan.. so akulah kena amik budak2 kat umah bbsitter...tak lama smpi umah baba pun balik..masa tu aku kat dapur...kat tangan dia ada 3paper bag..dia terus bagi aku satu & dengan selamba dia cakap "Nah...ni utk mama...terbeli plak".. pastu buat muka selamba tersengih2..aku plak yg terpinga2..tp dalam hati mestilah happy!! Giler tak happy dapat hadiah...macam nak lompat..Tapi dpn anak2 mesti cover sikit kan...bagi kiss sikit..muaaahhhh...hikhik...

Ni dia Paper Bag tuh ..."GUESS" :)
Sebenarnya kalo korang nak tau laki aku mmg biasa buat macam nih...bila2 dia ada duit lebih @ dapat payment apa2 projek..mesti dia beli hadiah kat aku..Ntahlah nak kata romantik, mmg taklah..kitorg mmg sempoi couple...Biasa hadiah2 yg dia beli semua berupa barang2 macam beg, jam, baju. Bunga? ermmm..sepanjang 7 tahun aku kenal dia mmg tak pernah dia bagi bunga..dia ckp "buat apa nak bagi bunga..membazir jer. Lebih baik beli barang ke, makanan ke..leh pakai..leh makan" ..So, aku rasa mmg takkan lah utk aku dapat bunga dari laki aku ni smpi bila2 kot...

Mehlah kita tgk apa yang ada dalam paper bag tuh...Surprise..surprise....

Taadaaaa....dapat purse baru!!!

Merah U...Saya suka..saya suka...

Saya dah siap disusun dalam umah baru....hikhik


Okay..Yang bawah nih Purse lama aku..GUESS jugak..hikhik...sebenarnye yang ni pun laki aku gak yang belikan...masa aku dapat hadiah ni aku dapat sekali jam tangan GUESS tak silap aku..Huh semua GUESS kan...Baru aku perasan aku banyak GUESS collections...

Purse yg sangat bertahan :)
Hokey..ni antara GUESS collection aku yang tak seberapa..rasanye..semua mmg laki aku yg beli kot..kecuali perfume...kekekekeke..