-----------

-----------

Sunday, September 29, 2013

[rEsEPi] SpaGheTti GoReNg SiMpLe

Salam..

Happy Sunday..Arini tema western lak pulok...smlm en suami mintak buat spaggeti goreng. Pelik gak sebab en suami ni bukan suka sanggat spaghetti nih..tapi memandangkan dah request tu so buat jelah kan..isteri solehah lah katekan...Lagipun smlm dah dapt makan Spicy Meat Pepper Rice with Mushroom..yummy!!huhuhuhu..

Bahan2 smlm g beli kat checkers shah alam. Sebenarnye nak letak apa pun tak tau..jadi main amik je apa yg nmpak..Jom tgk macammana nak buat spaghetti yg senang & sedap nihh...Leh gak tgk resepi lain kat SINISINISINI atau SINI

Resepi Spaghetti Goreng Simple
Oleh: Pda Jawe in D Houzze

Bahan2
Spaghetti (1/2 pek)
1 keping Daging burger(dicincang halus)
2 batang Sosej(potong serong)
1 biji tomato (potong dadu)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
5 ulas bawang putih (cincang halus)
10 biji cili padi - ikut pedas disukai (potong halus)
Cendawan Butang (hiris halus2)
1 batang Cili besar merah (potong serong)
1/2 biji Cili Cipnasium Hijau (potong dadu)
Garam
Perasa Maggie Cukup Rasa
Serbuk Lada hitam
Cheese 1 keping


Cara2
Spaghetti direbus sampai kembang (letak minyak sikit supaya xmelekat). Pastu tumis bawang putih, bawang besar ngan cili padi sampai naik bau..pastu masukkan daging cincang, sosej, cendawan, cili merah, cili cipnasium...Tutup kejap bagi semua masak sebati...pastu dah masak masukkan perasangan garam..dah cukup rasa masukkan spaghetti & gaul sebati...dah sebati masukkan cheese yg di potong2 kecil..akhir sekali masukkan serbuk lada hitam...sedia untuk dihidang....masa nak hidang tu leh lah tabur serbuk lada hitam kat atas bagi nampak cantik..dah siap...jom makan.....

Peh...menarik tertarik ko mmg the boom...hahahaha

Jemput makannnnn....
Yang ni smlm punya Spicy Meat Pepper Rice with Mushroom






Saturday, September 28, 2013

[ReSePi] cEkoDoK RoTi DiPaGi SaBtu

Salam....

Wah n3 pagilah sangat..matahari dah menegak lah kowt...hehehe...memandangkan Daah 2 hari tak update blog..dek kerana busy +malas+ penat..arini ingat nak agak encik suami g Midvalley..tekak mengada2 nk mkn Japanese Food konon...eleh padahal kan dah gaji..tu yg mengada2 tuh..kalo tak dok umah diam2 sudah...hahaha

tp memandangkan en suami keje arini..so lambat sikit la kuar kot..ntah kol brp en suami nak balik..takkan nak bior perut menyanyi2 lak kan..so dok usha brg2 kat dapur nmpk lak roti yg tinggal 2 keping balance buat aiskrim goreng...(n3 pasal aiskrim goreng ni nti aku post ye)..so kalo mcm mcm tu je mn nak cukup kan..2 keping je kot..celah gigi jer...kalo tak makan nti mmg ke tong sampahlah gamaknyer..jadi setelah berpk2 decide nak buat cekodok roti..leh gak tahan sementara tunggu en suami balik kan....hehe

sebenarnye dah beberapa kali aku buat cekodok aka jemput2 ni..mmg best..ranggup di luar..lembut di dalam walaupun dah sejuk taw...so roti2 yg dah keras, expired tu tak payahlah buang..jom buat cekodok ke..pusing roti ker...Resepi asal aku tgk kat MYRESEPI. Leh gak tgh resepi2 lain kat SINI atau search jer cekodok roti ..semua keluar..huhuhu
Tapi aku buat ikut apa2 barang yg ada je kat dapur tuh...

Cedokodok Roti
Olahan: Pda jawe In D HouzZe

Bahan-bahan
Roti sandwich (yang dah dekat expired or dah keras) 
udang segar or udang kering (aku pakai udang geragau..dah tu je yg ada dlm peti pon)
1 sudu kecik serbuk kari (kalau dpt serbuk kari ikan aku pakai ayam & daging sbb u je yg ada gak)
bawang besar - 1 biji (aku letak suku je sbb roti aku kan ada 2 keping jer)
telur ayam - 1 biji
serbuk perasa + garam
sedikit tepung gandum
kentang (ni aku tambah)

Cara-cara
potong udang segar - kecil2 , kalau guna udang kering - rendam dan tumbuk kasar2
(Aku pakai udang geragau..jadi aku campak jer lepas basuh tuh)
potong bawang besar - dadu
rendam roti dlm air sejuk sebentar , supaya kembang, dah kembang keluarkan dari air dan hancurkan kasar2.
satukan roti, tepung gandum, bawang, serbuk kari, telur dan serbuk perasa. bancuh mcm buat cekodok biasa .
goreng hingga kekuningan, makan masa panas2 bersama sos cili thai...


Errmmm..sedapkan..aku makan  ngan sos KFC tuh...

Walaupun dah sejuk tetap lembut tauuuuu
So..tunggu apa lagi..cuba dulu baru tau....cekodok bawah ni aku buat last week..ni cekodok ikan bilis pakai air panas..tapi tak taulah kenapa...salah org yg buat @ salah tepung (hehehee) ..cekodok jadik keras..Padahal nilah cekodok kegemaran aku dan selalunye dia jadi ranggup dan lembut kat dlm...plak tuh..ikan bilisnye masin + garam lagi..peh...masin gile jadinyer cekodok nih..sedey2..tapi makan jugaklah sbb sayangkan (jgn kena darah tinggi sudah)..kikikiki..so lepas ni aku aku try buat lagi pakai tepung lain...kenapa tak boleh jadik macam cekodok dolu2 tuh....huhuhuhu

Menarik Kan??  makan ngan sambal kicap...sodap..tapi sayang seribu kali sayang..cekodok ku keras + masin..huhuhuhuhu

Wednesday, September 25, 2013

[HiBuRaN] SiNopSiS DrAmA FiRa AyUni TV3 vs LoVe yOu Mr. ArRoGaNt

Salam,

Arini nak cite pasal drama plak..Yelah Drama Luna Asmara & Cinta Jannah sudahpun melabuhkan tirai...Jadi mestilah ada cite lain yg bakal mengganti ye tak? Okay..malam ni Episod pertama drama Fira Ayuni yang menggantikan cite Luna Asmara..Intro macam tak best..tp tak tau lah kan sbb biasa mula2 mmg slow sikit..so jom tgk apa sinopsis cite Fira Ayuni nih...

TAJUK: FIRA AYUNI 

TERBITAN: Temenggong Pictures Sdn Bhd
SLOT: Samarinda
EPISOD:15
MULAI: 24 September 2013
MASA: 10 Malam - 11 Malam
HARI: Isnin - Rabu
PENGARAH: Azma Aizal Yusoof
PELAKON: Faralyna Idris (Fira Ayuni), Azlee Khairi (Duqqi Amani), Shah Iskandar (Hadi Herwan), Intan Ladyana (Rozita), Datuk Eizlan Yusof (Datuk Fahmi) dan Fazlina Datuk Ahmad Daud (Datin Shamsiah)

SINOPSIS
"Fira Ayuni mengisahkan seorang anak tunggal dalam keluarga ahli perniagaan berjaya, Datuk Fahmi dan Datin Shamsiah. Sejak dari kecil Fira sudah menunjukkan minatnya pada bidang muzik. Apabila remaja, Fira yang boleh bermain piano sangat aktif dalam muzik terutama penciptaan lagu. Bagaimanapun, dia melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan kerana bercita-cita menjadi ahli perniagaan berjaya seperti bapanya.Di kolej, Fira sering diganggu oleh seniornya, Duqqi Amani. Sejak minggu orientasi lagi, Duqqi sering dilihat suka mencari pasal dengan FiraKetika itu, Fira hanya mengikut saja arahan Duqqi yang menjadi fasilitatornya. Namun, selepas minggu orentasi, Fira mula berubah menjadi agresif dan melawan.

Duqqi juga berasal dari keluarga berada yang mengusahakan perniagaan import dan eskport peralatan muzik di samping mempunyai galeri menjual alat muzik dan studio jamming sendiri.Perwatakan Duqqi bukanlah jahat tetapi dia sangat nakal.

Apapun, kebahagiaan Fira mula direntap selepas ibunya meninggal dunia akibat barah.

Datuk Fahmi tidak dapat menerima hakikat itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu sibuk dengan perniagaan. Beliau juga tidak mempedulikan Fira lagi. Malah, bapanya juga menghalang Fira bermain muzik hingga Fira membuat keputusan keluar dari rumah keluarganya dan membina hidup sendiri. Fira kemudian bekerja dengan Nusantara Holding yang diuruskan Hadi Herwan yang juga abang kepada Duqqi

Sikap Hadi yang baik membuatkan Fira jatuh hati padanya. Malangnya, Fira ditangkap khalwat dengan Duqqi di studio jamming kerana rancangan jahat Rozita. Rozita sukakan Hadi tetapi cintanya tidak di balas. Hadi terpaksa melepaskan cintanya terhadap Fira selepas insiden itu.

Fira dan Duqqi yang dipaksa kahwin selepas mereka ditangkap khalwat menjalani kehidupan masing-masing secara berasingan. Ini kerana, tiada cinta di antara mereka

Apakah seterusnya yang berlaku pada perhubungan Fira dan Duqqi? Apakah Hadi akan memiliki semula cinta Fira? Bagaimana pula dengan rancangan jahat Rozita?

Semua konflik dan ranjau kehidupan yang harus dilalui Fira ini terjawab dalam drama Fira Ayuni. Pun begitu, mampukah Fira mendapat restu bapanya untuk mencipta nama sebagai seorang komposer berjaya? "


Okay ni antara babak2 yg dapat aku korek dari en google :)
Amacam sinopsis Fira Ayuni best tak? Nak tau best ke tak..kita tgk jelah ye tak mcm mn cite Fira Ayuni nih.

Okay satu lagi Drama terbaru yg bakal menggantikan Cinta Jannah...Love you mr. arrogant...mmg aku tunggu2..mesti best giler punya....Drama Love you mr. arrogant diadaptasi dari novel...biasalah kalo adaptasi novel mesti best punya..lagi pun novel ni mmg aku dah banyak kali baca...mmg best jalan citer diaa....harap2 pelakon2 dia dapatlah menhayati watak sama macam kat novel tuh..Jom kita tgk sinopsis Love you mr. arrogant....

TAJUK: LOVE U MR ARROGANT 
SLOT: Akasia
MULAI: 25 September 2013
MASA: 7 Malam 8 Malam
HARI: Isnin - Khamis
PELAKON: Hanez Suraya (Sherry), Zaara Amirah (Zara Zya), Norish Karman (Puan Sri), Syarul Ridzwan (Faisal), Azlee Khairi (Zafriel Irham)


SINOPSIS
"Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti.."

Ni gambar2 Love you mr. arrogant yg aku dapat dari FB Love you mr. arrogant  https://www.facebook.com/LoveYouMrArrogant
Jom cuci mata sebelum tido!!! Ish tak sabar2 tak sabar2...kena balik awal nih..hehehehe















Tuesday, September 24, 2013

[ReSePi] HoMEmAdE AisKriM PaLinG SeNanG & sEdaP

HomeMade Aiskrim Strawberi & Vanilla

Haloooo...

Okay ni last post sebelom masuk tido...pasni nak kemas baju budak2 utk ke umah bbsitter esok...Lagipun Asmara Luna pun dah abis kan...nak digest kejap ending cite nih sambil menghayati homemade aiskrim yg sedap nih...hehehe

Mesti semua tertanya2 kenapa asal resepi je ada ayat senang, mudah, easy & yg sewaktu dengannyer tu..Kalo korang tak tanya pun aku jawab jer lah...ada aku kisah? hahahaha..Sebenarnye kan sebelum ni aku ada bgtau yg aku ni tak gheti masak..jadik sejak aku berjinak2 & berkecimpung dlm arena masak memasak nih..(ececeh..ayat nak muntak hijau ni)...aku cari lah resepi yg aku boleh buat..kang amik resepi pelik2 bahan pun aku tak kenal..dah nak kena google lagi...hehehehe

Homemade aiskrim ni Sabtu malam punya cite...masa aku post n3 pasal AisKrim & Ovallet ngan pasal Lempeng Cicah Sambal ...cuma AisKrim tu tak nak keras2 dalam peti tu...mmg sewel peti ais aku nih..geram betol...arini check tgk dah keras sikit tp belom sepenuhnyer keras..huh..entah bila homemade aiskrim ni nak keras aku pun tak tau..tp yg penting rasa mmg marvelos..kalo korang tak caya meh tgk bawah ni...resepi homemade aiskrim ni aku dpt dari blog Cik Epal..leh tgk resepi asal kat SINI..

HomeMade AisKrim
Olahan: Pda Jawe in D HouzZe

Bahan2nye

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat (suku pon boleh, ikut manis masing2..)

1 biji telur

1 sudu kecil sen vanilla
1 sudu besar Ovallet (cari yg halal ye)

Perasa
Ikut suka..aku buat perasa coklat

Jom tgk macam mana nak buat...

Ni bahan2 dia ye..Macam tak caya bahan2 yg sikit ni leh buat aiskrim kan???

Okay...masuk je semua bahan tu..pastu kitar putarrrrr....

Putar dalam 15-20 min tau...tgk kakak sampai penat..tukar tangan & sempat mandi lagi..nak buat sangat kan..amik ko.....
haaaa....sampai jadi putih likat..lemak berkrim nih...nampak tak......

Pastu masukkan la perasa apa2 yg korang suka..kalo nak buat byk perasa korang asing2 kan lah yee...

aku saje buat belang2 konon..tp syok sgt smpi penuh satu bekas..nasib baik tak tumpah....

Yg ni konon ada balance sikit..si kakak tak nak tido nak tunggu aiskrim keras..ade ke patut..mmg tak tidolah kalo betul nak tunggu..ni dah 3 hari pun  xkeras2 lagi..huhu..jadik ni konon2 aku nak buat xperimen macam dlm utube tu..buat aiskrim dlm 5 min..tp hampa..xjadik jugak..wakakaka..terpaksa pujuk kakak tido jugak....




Esoknyer kakak nak suh bukak jugak..jadik aku pun bukaklah jugak nak puaskan ati kan...Tgk aku punya bekas..tak ingat..macam real je kan...terbaik....

Ha.....ni akibat penuh sgt jadik melekat kat penutup so aiskrim pun tak cantik..huhuhuhu..


Walaupun dah bgtau tak keras lagi tapi diorg nak gak..so bg jelh rasa..tgk adik..huh xsabo sgt tuh...

Okay...yg ni tadi aku bukak...barulah cantik ye tak..tp xcukup keras sangat..yg penting rasanyer terbaikkkk....lepas ni tak payah beli dah aiskrim..heheheeh

Tgk muka kanak2 ribena 2 org yg happy sgt dpt makan aiskrim akhirnyeee....yeahhhh..




Wahhhh...adik sampai meleleh air liur kesedapan tuh..ekekeke


Muka budak2 yg seronok dpt makan aiskrim...yaabedabedu......



Okay..yg ni 2nd time buat..so licin & gebu sebab putar lama sikit..so kalo nak gebu putar lama2 sikit ye..

Yummy..sedappppppp


Buat lagi..kat kampung..kali ni buat perisa oreo..sedap sampai menjilat sudu!!!



Monday, September 23, 2013

[diNnEr] LaUk 3 sEkAwAn

Salam..

Happy Monday!!  Okey..arini malas sangat nak masak....singgah Ten Ten pun xtau nak beli apa..dok melilau 1/2 jam tak beli apa2..pastu nampak plak ikan selar kuning..terus teringat kat lauk 3 sekawan ni..hehe..nak tau apa lauk 3 sekawan ni..jom usha kat bawah nih...


Ni namanye sambal ketuk @ sambal totok
Sayur Kobis Masak Air @ Bening
Ikan Selar Kuning Goreng


Haaa..inilah dia 3 lauk malas aku tp paling aku suka...huhuhu..yg 1st tu nama dia Sambal Ketuk @ Sambal Totok..Kenapa nama dia macam tu? Janganlah tanya aku sbb aku pun tak tau..masa 1st2 aku makan mak aku buat dah dia kata ni namanyer aku ikut je lah...hahahaha..sekali rasa pasti nak lagi..tak caya? trylah dulu baru tau...marbeles...resepi turun temurun nih..ekekekeke

Yang 2nd tu mesti semua tau kan..Sayur Kobis Masak Air @ Bening. Lauk masak cempak2 mak aku cakap..yelah ltumbuk bawang putih, merah & ikan bilis..tumis...pastu masuk air...sayur, garam & aji..kalo tak tau nak masak gak..mmg nak kena nih...tp versi aku ni lagi malas..semua aku hiris2 jer..pastu campak2..dah siap...hahaha...lagi senang kan...Yg Ni pun aku tak taulah betul ke tak namanye..mak aku yg panggil macam tu betullah tuh..kan dia makan garam dulu dari aku..kihkihkih

Haaa...yg 3rd tu sah2 lah Ikan Selar Goreng kan...kalo korang nak tau..ikan ni je yg aku kenal & tau nama..yg lain tu kalo x de label abislah..mmg hampeh aku tak kenal...wakakaka..Yg ni kalo makan 3 ekor pon tak cukup..ranggupnyer..masinnyer..sangat2 menggiurkan...huaaaa..

Okaylah dah malas nak merapu...Selamat Malam Semua :)



Sunday, September 22, 2013

[ReSePi] RoTi SuMbaT UtK bReAkFaSt

Salam,


Okay..last n3 utk malam ni @ minggu nih? hehehe..Sebenarnye ni masih lagi last week punya cite...Next day after baba punya bufday (16.09.13). Sebenarnye cari2 resepi yg boleh gunakan lebihan bahan2 Nasi Ayam..(huhuhu)..

Cari punya cari jumpa resepi Cik Siti yg best di SINI...Jom usha yok...

BAHAN2
Roti serat 
( aku pakai biasa jer..dah itu je yg ada..hehehe )
bread crump atau serbuk roti (pun xde ekekeke)
telur ayam 
Tuna dalam tin (aku pakai lebihan ayam nasi ayam smlm)
Daun salad
mayonis (pun xde jugak)
Tomato (aku tambah)
Sos (aku tambah, sbb tak de mayonis)

Cara buat roti yang mcm 'beg dompet' tu:
Ambil 2 keping roti, tindihkan bersama dan canai atau lenyekkan dengan penggelek sampai betul-betul leper. aku pakai gelas jer..

Kalau bentuknya tak rata, potonglah sikit tepi-tepi roti tu atau buang kerak kat tepinya supaya senang nak gelek. Pastikan bahagian paling tepi, tekan kuat-kuat supaya tak terbuka masa digoreng nanti.

Next, celupkan dalam telur yang dah dipukul dan salutkan pulak dengan serbuk roti rata-rata (ni aku xskip sbb tak de kam). Gorengkan dalam kuali berisi minyak panas. Masa menggoreng ni, roti tu akan menggelembung tengahbya. Jangan takut dan jangan lari, ia tak akan meletop. Malah, itulah yang menandakan bahawa roti tu dah berjaya dihasilkan.... heheeee... 

Agak-agak dah kuning keemasan tu, angkat dan tos. Jangan terhangus pulak ye...

Seterusnya, potong dua roti tadi. Ikut sukalah nak potong bentuk macam mane pun... nak potong 3 segi mcm sandwich pun bolehhh..... Akhir sekali, masukkan ayam dan hiaslah dengan daun salad, tomato dan sos. Ayam tu aku tumiskan sikit ngan bawang, cili, lada sulah, pastu letak garam &  pak aji bagi dia sedap sikit..

Isi roti tu leh tukar dengan ape-ape yg korang suka... sardin, daging hancur masak stail kebab ke... or ape-ape jela... Selamat mencuba!

Nak tgk Roti Sumbat aku yg konon stail kebab..hehehe

Selamat Mencuba & Selamat Malam (^_^)


Nilah Rupa Roti Sumbat Aku

Roti Kureng ranggup@cantik tak de serbuk roti :)

Salad lebihan Nasi Ayam semalam :)

Yang ni isi dia yg aku tumis dulu sblm sumbat dalam roti tuh



[MiNuM ptG] LeMpenG Cicah SaMbaL

Salam,

Wah..mentang2 hari minggu asyik meng"hapdate" je kan? huhuhu..yela kalo weekday mmg gamaknyer tak dapatler meng"hapdate"kan apa2 n3 nanti...

Okay..petang ni en husben mintak buatkan lempeng..biasalah kalo dok umah ni mmg kejenye makan jer..bila lapo..makanlah lah yek..lapo...dan memandangkan tghari tadi buat sambal tumis ikan bilis..jadik elok sesangat ler tuh buat lempeng kan..cicah plak ngan sambal tumis ikan bilis...marbeles...mak mentu lalu pun tak pandang..ahaks...

Sebenarnye nak bg kakak leka asyik merengek tanya aiskrim dia dah keras ke blom..check punya check belom lagi keras...aduh kenapa ek? peti sejuk aku yg sewel ke aku buat tak jadik ni..atau mmg kena 24 jam baru keras...Cik Epal boleh tolong jawabkan tak...ekekekeke...Cian kat kakak tunggu lama...

Jadiknye nak suh dia lupa..ajakler dia makan lempeng ni..nasib baik sambal tumis arini menepati citarasa dia..kalo tak mmg takde dia nak makan... "mama punya sambal tak macam nenek lah..tak sedap.." Pehhh..sound tepat....padan muka aku..tulah rain sangat ke dapur kan..hihihihi

Pasni nak ajak kuar jap g pasar kat bt 3...huhuhu..harap2 lupa la kejap ngan aiskrim dia tuh..dan wahai aiskrim mintak tolong keras ye...bagi kakak makan malam ni..tak sabar dah tuh...Meh jemput makan meh..bua plak air teh o panas...memang terangkat! Pehhhh..berpeloh2 ko.....

Oklah nak siap2 nak kuar g pasar jap...bawak kakak suh lupa dia punya aiskrim..

Selamat Berhujung Minggu!!


Lempeng + Sambal Tumis Ikan Bilis yg mengancam...

[ReSePi] cHeEsE CaKe PaLinG sEnaNg Di aBad iNi ❤❤


Salam,

Sambung lagi...masih lagi throwback last week punya citer...pasal bufday en husben lah...(15.09.2013)...memandangkan dah masak Nasi Ayam Simple & Sedap dan katapun bufday kan..mestilah ada keknyer..mula igt nak beli jer..tp setelah menelek2 resepi2 nampaklah resepi Cheese Cake yang senang nih...yelah..lagipun en husben mmg febret cheese cake nih..jadik belilah bahan2 sekali masa beli bahan nak buat nasi ayam tuh... time kasih pada cik Namee utk resepi yg sgt senang nih...mohon share ye..

Apa lagi..jom usha betul ke senang sangat nak membuatnyer...(huh..ayat tak bleh blaaa..)

Resepi Cheese Cake Paling Senang
Olahan: Pda Jawe in D Houzze

Bahan2nye
1) Buttercup (mentega) 
2) Biskut digestive / marie / hupseng 4 segi (aku pakai marie)
3) 2 Philadelphia cheese (aku pakai tatura cheese)
4) Susu pekat manis (any brand)
5) Sebiji telur 
6) Strawberry (utk hiasan)
7) Yogurt strawbery (ni aku tambah sbb kasih nak rasa strawbery)

Gambar2 ni aku amik dari google sbb aritu xamik gambo :)
Cara2nye

1st layer (Base Layer)
Masukkan biskut dalam bekas utk lenyek2 sampai hancur. Kalo nak blend pon bleh tapi takut terlalu hancur..yang aku ni si kakak ngan adik yg lenyek2 ngan sudu..(tu yg ada hancur ada tak..lantaklah nak....tak bg tolong kang nangis)

Lepas tu masukkan semua biskut hancur dlm loyang & gaulkan dgn mentega..kuantiti mentega ikut suka asalkan semua biskut kena mentega...aku guna separuh mentega . pastu gaulkan & ratakan semua biskut yg dah sebati dengan buter dan tekan2 supaya mampat kat loyang tu..

okay 1st layer dah siap..aku masukkan dalam peti ais sementara nak buat 2nd layer plak

2nd Layer
Masukkan semua bahan tadi (2 cheese, 3/4 tin susu & sebiji telur). 
kacau sampai gebu & sebati (aku guna hand whisk jer) 
Dah siap tu masukkan atas 1st layer yg dah buat tadi.

Dah siap...ReADY utk dibakar...Suhu 180 degree & bakar selama 30-45 min. Kalo cucuk ngan fork & masih lembik kena sambung bakar lagi. Check sampai dah pejal..dah masaklah tuh..tunggu sejuk sikit then masuk dlm peti ais..Bila dah sejuk & keras..leh lah makan...Nyummy..sedapnyeer..

X Percaya? Haaaa..meh tgk sini hasilnyer....Tq Cik Namee utk resepi yg best nih... :) 

Haaa....cantikkan? deco by kakak & base tu biasalah hasil kerja kakak & adik :)

Pose dulu tuunggu baba balik..

Dan masanyer pun tiba....heppie Bday baba!!! 

[ReSePi beSt] NaSi aYAm SiMpLe TaPi SeDap ~


Salam & Gud Morning...

Okay..smlm dah dapat ovallet yg dicari utk buat aiskrim dan dah abis pun misi membuatnye mlm tadi..Tp pagi tadi check aiskrim tak keras lagi..tak taulah kenapa..maybe sbb peti sejuk kat umah ni biol sikit kekadang..(biasalah dah sampai waktunye kan...hehe)

Okay2..title pasal nasi ayam apasal plak cite pasal aiskrim ye tak..aiskrim punya cie kita tg ptg sikit tgk resultnye ye..berbalik cite pasal nasi ayam ni...sebenarnye dah lama berangan2 nak buat..tp tulah berangan tp tangan tak jalan..mana nak jadik ye tak...

Nasi ayam ni ekcelly last week punya citer...nak dijadikan cerita last week kan minggu cuti "Hari Malaysia" kan...so hari sabtu tu tak delah nuat apa2. dok lepak kat umah jer..ari ahad plak en husband g pancing..awl2 pagi dah kuar...lepas je en husband g tu sambung balik tido..sedar2 kul 9pg kot..anak2 do kejut mama taknak bangun..bgn2 terus tgk hp..baru perasan date (15.09.2013)..alamak arini bday baba!! Biasa xlupa..entaah mcm mana leh lupa plak taun ni..(huhu..sori baba ). Jadiknye nak cover line tuh..cepat dok post kat FB "Gud Morning!! Happy Birthday Baba!!! Enjoy g fishing2 ya..bawak ikan besar2 nanti mama masak special!!
Haaa..nilah muka2 yg bangun tido terus amik gabo post kat FB..buruk perangai ko! Hehe...

Jadiknye dah post ayat power kat FB takkan tak de apa2 ye tak? teringat blak en husband mmg suka nasi ayam..Terus bagun tido men"google" resepi nasi ayam yg paling senang..tp sedap..yelah dah lah xpenah masak kangtgk resepi ssh2 nak cari pon payah..tp mmg peel aku ni semua nak senang & simple je..kalo yg ssh2 tu takde lah gamaknye aku nak buat...huhhuhu...ohkay2..panjang betul story morrynye...jadik resepi yg menjadi pilihan hati ialah resepi KASIHALEEYA..kalo nak tgk resepi asal leh tgk SINI. Kat bawah ni aku copy & paste bahan2 & cara2nyer ye..

NASI AYAM
3 pot beras (sedang elok utk kami berempat)
Basuh beras bersih-bersih dan toskan lemak dan kulit ayam
 (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* On kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia

1 kiub ayam
daun sup
daun bawang 
bawang goreng (xletak lupa)

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)

AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu (xletak sbb lupa beli)
3-4 titik minyak bijan (pun xletak) 

Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)

KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos

*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

Dah siap..tu je bahan2 & cara2..sgt2 senang..tp saya suka sbb 1st time buat nasi ayam..terus jadi..sedap plak tuh..(ececeh) puji diri sendiri plak..huhuhu..meh tgk sendiri hasilnyer....

Ha..inilah ayam saya..tp xcantik sbb saya siap2 suh org kat s/market siap2 potong sbb saya xpandai potong ayam..huhuhu
Nasi Ayam...Bunga pown xjadik..patah lah pulok...

Kuah Kicap & Sambal...Marvelous
Sup yg sgt simple..tp bebudak sampi menghirup!

Cuba tau jgn tak cuba..Thanks sesangat pada  kasihaleeya for this owesome & marbeles resepi... i loike!! budak2 ngan baba pun loike...Saya suka..saya suka (mei mei upin ipin intonasi yer). Next time nak try resepi AZIE KITCHEN pulokksss...