-----------

-----------

Sunday, September 22, 2013

[ReSePi] RoTi SuMbaT UtK bReAkFaSt

Salam,


Okay..last n3 utk malam ni @ minggu nih? hehehe..Sebenarnye ni masih lagi last week punya cite...Next day after baba punya bufday (16.09.13). Sebenarnye cari2 resepi yg boleh gunakan lebihan bahan2 Nasi Ayam..(huhuhu)..

Cari punya cari jumpa resepi Cik Siti yg best di SINI...Jom usha yok...

BAHAN2
Roti serat 
( aku pakai biasa jer..dah itu je yg ada..hehehe )
bread crump atau serbuk roti (pun xde ekekeke)
telur ayam 
Tuna dalam tin (aku pakai lebihan ayam nasi ayam smlm)
Daun salad
mayonis (pun xde jugak)
Tomato (aku tambah)
Sos (aku tambah, sbb tak de mayonis)

Cara buat roti yang mcm 'beg dompet' tu:
Ambil 2 keping roti, tindihkan bersama dan canai atau lenyekkan dengan penggelek sampai betul-betul leper. aku pakai gelas jer..

Kalau bentuknya tak rata, potonglah sikit tepi-tepi roti tu atau buang kerak kat tepinya supaya senang nak gelek. Pastikan bahagian paling tepi, tekan kuat-kuat supaya tak terbuka masa digoreng nanti.

Next, celupkan dalam telur yang dah dipukul dan salutkan pulak dengan serbuk roti rata-rata (ni aku xskip sbb tak de kam). Gorengkan dalam kuali berisi minyak panas. Masa menggoreng ni, roti tu akan menggelembung tengahbya. Jangan takut dan jangan lari, ia tak akan meletop. Malah, itulah yang menandakan bahawa roti tu dah berjaya dihasilkan.... heheeee... 

Agak-agak dah kuning keemasan tu, angkat dan tos. Jangan terhangus pulak ye...

Seterusnya, potong dua roti tadi. Ikut sukalah nak potong bentuk macam mane pun... nak potong 3 segi mcm sandwich pun bolehhh..... Akhir sekali, masukkan ayam dan hiaslah dengan daun salad, tomato dan sos. Ayam tu aku tumiskan sikit ngan bawang, cili, lada sulah, pastu letak garam &  pak aji bagi dia sedap sikit..

Isi roti tu leh tukar dengan ape-ape yg korang suka... sardin, daging hancur masak stail kebab ke... or ape-ape jela... Selamat mencuba!

Nak tgk Roti Sumbat aku yg konon stail kebab..hehehe

Selamat Mencuba & Selamat Malam (^_^)


Nilah Rupa Roti Sumbat Aku

Roti Kureng ranggup@cantik tak de serbuk roti :)

Salad lebihan Nasi Ayam semalam :)

Yang ni isi dia yg aku tumis dulu sblm sumbat dalam roti tuh



No comments :

Post a Comment