Selamat hari jumaat & Selamat bercuti!! Arini masak Kerang rebus pulak...dari mg Lps mengidam nak makan ni..arini Ada plak Kerang...so apa lagi...men"gerang" lah arini..eh..Ada ke perkataan tuh...Sukati je kan...rosak bahasa dibuat aku..huhuhu..takpelah..apapun Jom kita tgk resepi ni..resepi ni agak menarik sikit sbb tak mengunakan air utk merebus..rasa dia sangat "boom" & special tau...Jom usha resepi dia..
Resepi Kerang Rebus Tanpa Air
Bahan-bahan
1kg kerang
1 labu bawang besar- di hiris
3 Biji bawang Putih - di hiris
1 batang serai dititk
Garam secukupnya
Cara-cara
Kerang yang sudah dibersihkan betul betul, dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan bawang besar, bawang Putih serai dan garam.
Tutup kuali dengan tudung periuk. Nyalakan api dapur yang besar selama 2 minit dengan periuk bertutup.
Kacau sekali, biar lagi 2 minit atau nampak kerang sudah terbuka. Kemudian siap utk dimakan. Ianya tidak menggunakan air sebagai rebusan kerana kerang akan mengeluarkan air sewaktu dimasak. Rasanya lebih sedap berbanding merebus cara biasa.
Bahan Sambal Pencicah
4 - 5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca teh garam
1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
3 - 4 camca besar cuka makan (aku gantikan dgn air perahan limau kasturi)
Sedikit air
Aku buat jugak Kerang rebus dgn air sbb nak kuahnya..Jom tgk resepinya juga
Resepi Kerang Rebus
Bahan-Bahannya
Kerang secukupnya
4 biji bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
3 cawan
Garam secukup rasa (anggaran 3/4 camca besar)
Cara membuatnya
Cuci kerang bersih2, kalau dapat berus kulitnya (gunakan berus plastik) sehingga bersih. Bilas 3 - 4 kali dan toskan. Dalam kuali, masukkan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan kerang dan garam, gaul rata. Tuang air dan tutup kuali. Biar kerang masak, kacau sekali sekala, masak 10 - 15 minit atau hingga kerang mudah dikopek dan isinya senang tanggal.
Hidangkan kerang bersama sambal Pencicah , boleh juga dimakan dengan sambal kicap, ikut selera masing2....selamat memasak untuk semua!!!
Extra rajin sikit, buat sambal goreng Tempe...nasib baik jadik...sedap plak tuh..huhuhuhu..