-----------

-----------

Friday, January 10, 2014

[Cara2 Membuat] Homemade Serbuk Roti @ Breadcrumps

Assalamualaikum....

Sekejap je dah seminggu...tak terasa pown. Tup tup dah jumaat dah...arini rasa Malas sangat nak masak..tapi perut ni sangat mengada2 Asyik lapar je..so terpaksalah memasak gak...walaupun sardin & telur dadar yg tak berapa nak dadar tuh..(terletak banyak air abis hancur telur dadar aku hancusss...huhu)

Okaylah hari ni nak share resepi serbuk roti @ Breadcrumps. Kebetulan Ada plak roti kat rumah ni yg baru expired..tapi masih elok...so aku decide nak buat serbuk roti nih...Sebelum ni aku tak tau plak serbuk roti ni leh buat...bila cari kat Kedai Asyik tak jumpa jer..tapi officemate aku ckp serbuk roti ni boleh buat...so aku pun menggoggle & jumpa resepinya...ceh..resepi lah sangat..hahaha...

Jom kita usha cara buat Homemade serbuk roti @ Breadcrumps...(haaa...baru betul kan...kikikikiki)

Cara2 Membuat Homemade Serbuk Roti @ Breadcrumps
Sumber:jemariasmara.blogspot.com

Cara 1 - Oven atau toster
Bakar roti dalam oven atau toster, kemudian ramas sehingga hancur.

Cara 2 - Simpan dalam peti sejuk
Simpan roti dalam peti sejuk selama 3-4 hari. Setelah keras, hancurkan hingga menjadi serbuk 

Cara 3 - Jemur
Jemur roti sampai keras. Setelah keras, hancurkan hingga menjadi serbuk 

Cara 4 - Goreng tanpa minyak
Koyakkan roti kecik-kecik, kemudian goreng dalam kuali tanpa minyak sampai dia garing. Kemudian blend dengan blender kering. 

Senang sangat kan...pejam mata pon boleh buat taw....lepas ni tak payah beli dah... Ni nak tayang serbuk roti aku @ Breadcrumps...


Simpan dalam bekas & tempt yang kering...bila2 nak guna amik jer....best kan??


Eh, lupa plak nak bagi tau...aku buat cara 1..tapi aku blend pakai blend kering..

Selamat Mencuba!!! ;)

No comments :

Post a Comment