-----------

-----------
Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Monday, March 3, 2014

[Resepi] Sticky Caramel Chicken Wings Yg Cepat & Senang

Assalamuaikum

Arini aku nak share resepi yg sangat2 senang dan cepat...ptg tadi aku g mydin belanja barang dapur...tetiba terasa plak nak buat chicken wing bila nmpk kepak ayam besar2 kat mydin... Boleh gak buat dinner malam ni...balik dari Mydin dah penat mmg Malas nak masak...jadik masak yg cepat2 jer..

Bila aku google2 resepi2 kat internet, aku jumpa resepi yg senang & cepat ni...sebenarnya chicken wings ni Ada 2 version...satu version yg ni & satu lagi yg kena perap dulu baru bakar...memandangkan aku nak cepat..so aku decide buat resepi yg ni..Kalo nak perap bila nak makan pulak kan? Meh sini kita usha resepi ni yg aku amik dari blog Yati Memories...


Resepi: Sticky Caramel Chicken Wings
Olahan: Pdajawe Dot Com

Bahan-bahan ( 12 keping )
6 keping kepak ayam (belah dua jadi 12)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - Tumbuk
1 sudu besar halia - Tumbuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam 
1 sudu besar sos ikan / sos tiram
1 sudu besar kicap 
1 sudu besar sos cili (aku letak 2 sudu sebab nak bag pedas sikit)
4 sudu madu

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).

*Aku tadi lepas aku masukkan sos & madu. Aku kacau dalam 5 minit jer bagi sebati dalam kuali. Lepas tu aku masak pakai oven..susun kepak ayam di dlm dulang pembakar yg dialas aluminium foil...bakar dalam oven suhu 170C lebih kurang 10min pastu terbalik kan chicken wings masak lagi selama 15min sampai ayam masak & bersalut dgn sos. Kalo ikut cara aku ni..lambat sikit la masak..saje gatal nak try pakai oven..Kalo nak cepat korang masak jer dalam kuali tuh :P

NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Selamat Mencuba!










Sunday, January 12, 2014

[Resepi] Homemade Ayam Goreng Ala KFC Simple & Sedap

Assalamualaikum & Selamat hujung minggu...

Hujung minggu ni semua mesti nak masak simple2 jer kan...sambil relex2 dgn keluarga & anak2 depan tv...so arini aku nak share resepi homemade ayam goreng ala KFC. Lepas ni tak payah dah g KFC beli...buat sendiri kat rumah lagi puas hati...dapat makan banyak2 dgn semua ahli keluarga..dan yg penting air tangan sendiri...dapat pahala lagi ;)

Okay...tak moh Cakap lagi..moh la kita tgk resepi yg senang & sedap nih...

Ayam Goreng Ala KFC
Resepi : Ijan Blogresepi
Sumber : Kak Nur & Zaliedana

Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk 
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung (aku guna tepung gandum jer)
1 cawan tepung beras pulut (aku guna tepung gandum jer)
3 ulas bawang putih ditumbuk (skip)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan Tambahan
1 biji telur 
Minyak secukupnya 

Cara2
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.



Actually buat ni masa g picnic cuti new year aritu..tak menyempat nak menyelit resepi...mmg sedap tau...Cuba tgk muka kakak makan tu..sampai xmoh tgk camera....Korang kena Cuba baru tau...hehe...

Selamat Mencuba!! Selamat Hujung Minggu!! 

Tuesday, January 7, 2014

[Resepi] Singgang Ayam - Pantas, Senang & Sedap


Assalamualaikum...

Pagi ni sempat masak nasi goreng buat tapau g opis....tapi nak tau tak...tup tup turun nak start moto...rupanya pakai selipar jepun jer...huhu huhu...nasib baik flipper u..class gak...tapi aku naik atas balik Tukar kasut gak...tak selesa lah plak...(mengada2 le tuh..padahal kat opis kaki ayam kot....sshhh...jangan bgtau org tau..hikhik...)


Selain dari nasi goreng aku bawak gak homemade chocolate muffin yg malam tadi buat...nak bagi ofismate rasa..mana tau sedap leh amik order....hehe...lagi pun mmg perangai aku kot..buat apa2 mesti nak bawak g opis..huhu...tak pe..sikit sama merasa kan...banyak makan lah sampai bam bam bam...ngeh..ngeh..

tgk nih..Abg nizam tolong promote uols...jgn mare!! :)


Dan memandangkan aku bfast muffin..so nasi goreng aku buat lunch jer lah...tak yah susah2 nak beli lunch dah...boleh diet sekali...hehe...(diet lah sngt kan..abis licin nasi goreng satu bekas nih)


Cuaca Tengahari sangat cantu arini kan..tp dah nak balik keje..tetiba mendung seribu bahasa....so balik dari kerja kena hujan..kuyup tak kuyup sgt lah....suam2 kuku...ngeh..ngeh...mula2 igt keluar awal sikit konon nak racing ngan hujan memandangkan awan gelap di sebelah KL & PJ..tapi nampaknye hujan lagi cepat dari aku...tak bleh lawan daaa..dia naik super bike...aku naik ego jer....huhuhu..

Bila hujan2 ni..cuaca sejuk...perut pon lapar..nak makan makanan panas2..tapi sampai Umah dah lambat..kena fikir nak masak apa yg paling pantas, senang & sedap? Dan teringat plak resepi masak Singgang nih...dengar jer dah terliur tau..makan panas2 mmg sedap!! Biasa orang masak Singgang ni guna ikan @ daging..tapi memandangkan kat Umah aku cuma Ada ayam..so bedal jer lah...Ada org kata ni lauk pemalas..yelah semua main lebur je bak kata nak aku.... lauk ni pun lauk feberet masa dalam pantang..tapi dalam pantang mmg tak de cili lah...tapi mmg sedap wooo...dahlah tak moh Cakap lagi..Jom kita tgk resepi yg aku copy & paste dari blog CM gebu nih..

Resepi: Singgang Ayam (boleh gak Tukar ikan, daging @ sotong

BAHAN-BAHAN:

3 potong dada ayam 
4 biji cili hijau (aku pakai cili api -8 Biji)
1 Biji cili Merah (aku tambah)
3 keping asam gelugor (xde, aku pakai Asam jawe adabi jer - 2 sudu)
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional) - x letak
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1 biji bawang besar, dihiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci kunyit hidup tua, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
Tomato, dibelah 4 (aku tambah)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam disiang, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk, satukan bawang besar, bawang putih, halia, cili dan kunyit hidup. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan masak hingga mendidih.
  2. Tambah cili Merah , kiub ikan bilis, asam gelugor dan ayam, kecil kan api dan masak hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan juga secubit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun bolehh..).
  3. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...
Walaaa...meletops owkey!! Selamat Mencuba!!



Sunday, December 15, 2013

[ReSePi] Sup Ayam Special & Bergedil Ayam


Assalamualaikum semua...

Nak share Resepi Sup Ayam Special yang best ni...Aku Kalo buat sup mmg fail..mesti tak sedap..budak2 plak mmg suka sup nih...jadik jenuhlah gak nak mencari resepi yang sedap nih...dah try macam2 resepi sama gak..xsedap bila jadik kat tangan aku...aku tgk mak aku tu main hiris Ngan campak2 jer tapi sedap ...Cuba aku campak2 gamaknyer mmg tercampaklah sup tu kat tong sampah kang...hehehe

Sebenarnye resepi ni aku dah pernah buat sekali..ntah apa yg kurang rasanya pun tak umpphh...tapi arini aku try lagi memandang kan komen & feedback semua bgtau sup ni mmg special & sedap..jadik ya aku try lagi arini...(serius korang tgk kat MyResepi mmg banyak laporan maskan Cakap sedap woooo) alhamdulillah akhirnyer arini punya percubaaan menjadi...yeahhhh...okay meh aku kongsi resepi Ngan korang...

Resepi Sup ayam Special
Sumber: Tulip77 (MyResepi) / http://www.myresipi.com/top/detail/2730

Bahan-bahan ( 8org )
1 ekor ayam potong 16 (aku buat separuh jer. Yelah mkn 4org jer)
1 labu bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 iji buah pelaga
2 bj kentang
1 btg lobak
1 mangkuk air panas br masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara
Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Walaaaaaa....sedap woooo...en suami & anak2 pun Cakap sedap..kakak menghirup sup berhenti...happy sesangat !!


Haaa...ni plak nak share resepi Begedil Ayam yang sedap nih..resepi aku dapat dari anak buah aku yg dok kat JB tuh..mmg sedap...masa mula2 mkn masa tu kat BP ank buah aku buat mee sup kat umah atok dia aka makcik aku lah...makan tak benti..terus aku mintak resepi...sedap sampai nak golek2 tau...meh usha resepi yok...

Resepi BERGEDIL AYAM
Sumber: Nyz

bahan2:  
kentang, bwg grg, daun bawang, daging @ ayam yg dah direbus (aku ambik je isi ayam yg dalam kuah sup tu), telur utk salut & garam secukup rasa

Cara2
Goreng kentang sampai empuk.. lenyekkan.. gaul dgn semua bahan di atas kecuali telur.. kepal2kan.. pastu salut telur.. then grg.. siap!



Selamat Mencuba!!!