-----------

-----------
Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Sunday, December 1, 2013

[ReSepI] CiNnAmOn PuLL ApaRt bReAd (CPAB)


Assalamualaikum....

Arini happy sangat!! Menulis post ni sambil makan Cinnamon Pull Apart Bread dgn air teh...yummy!!! What i can say is WOW!! wonderful, owesome, walllaaa...Sebenarnyer ini adalah resepi roti yg pertama aku rasa nak buat sesangat walaupun au bukan pencinta cinnamon...tak pernah makan & terfikir nak makan apa2 makanan perisa kayu manis nih...tapi kejadian roti ni yg membuatkan aku teringin sngat nak rasa & try buat...tapi asyik tertangguh dek kerana kemalasan diri yang berleluasa...lalu dgn perasaan membuak2 aku gagah jugak buat malam tadi....tuh yg sekarang baru jadik roti nih....Finally.... Rasa roti ni tak seperti yg aku bayangkan...tak de rasa kayu manis tuh pown..tapi yg penting roti ni sangatlah lembut...i loike!! Meh...jgn tunggu lama2 jom usha resepi nih..

Resepi: Cinnamon Pull Apart Bread
Sumber: Joy The Baker, Hana Memories, Kak Shidah

Bahan-bahan
Untuk Doh
2 3/4 cwn campur 2 sb tepung 
1/4 cwn gula kasar
2 1/4 sk yis (aku terletak semua 1peket = 11g tuh..malas nak sukat.. plak tu takut nti simpan yis tu xelok plak)
1/2 sk garam
4 sb butter
1/3 cwn susu penuh krim@susu segar
1/4 cwn air
2 biji telur (size A)
1 sk vanilla extract
Untuk Filling
1 cwn gula kasar@gula perang
2 sk serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sk serbuk buah pala (nutmeg) - tak letak
4 sb butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara-cara
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cwn tepung, gula, yeast, dan garam. Ketepikan
Pukul telur, ketepikan
Dalam kuali kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi.
Tambah 3/4 cwn tepung, dan uli sehingga sebati. Doh ini mmg melekit sedikit. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang dah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. >> boleh gak terus guna doh utk buat roti tadi. aku sbb buat mlm tadi..jadik aku simpan dlm fridge, pg2 ni baru aku sambung buat...

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni boleh tgk kat bawah @ boleh gak rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah. 

Uli & ratakan...aku tak de tempat menguli, atas dulang pon okay..hehe

Pastu griskan dgn butter yg dah dicairkan tadi

Tabur campuran gula & cinnamon tadi

Potong2 pastu letak bertingkek2 mcm nih..hehehe..

pastu potong lagi.....lupa nak amik gambar..nasib baik ada gambar  lebihan roti nih..


Pastu susun dalam loyang...sebenarnye roti ni dah tembam sangat..jadik dia tak muat dlm loyang ni..patutnye dia separuh jer..pastu korang tunggu jap..baru dia kembang jadik mcm nih..tapi aku punya tak payah tunggu..dah kembang semangkuk...hehehe

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan (175c). Bakar sehingga masak (20min atau lebih bergantung dgn oven masing2), jika atas roti sudah kelihatan perang boleh tutupkan dgn alumunium foil dan tunggu sehingga keseluruhan roti masak>>boleh gak matikan api atas jika bhgn atas mmg dah cantik sgt perangnyer, utk minit seterusnyer guna api bwh sehingga masak...aku turunkan tray tu ke bawah sikit..biar roti nih tak kena abis atas sangat..oven aku tuh pelik sikit..kalo tiba2 aku pakai api bawah jer..confirm hanguss...hehee..and tadaaaaa...dah siap...jemput makan!!


Fresh from oven..yummy!!!

sampai terkeluar2 dari loyang dah..hehehe

Cantiknye kejadian roti nih...Banggo den...hikhikhi


Macam hensem jer..macam macho jer...kikiki


Okay ni dapat satu lagi roti...sebenarnye ni lebihan tadi..1/3 dari roti yg 1st aku buat..tapi sbb dia tunggu roti tu masak dlm oven, so dia pun jadik kembang macam nih...kikikiki

Aku pun tak tau mcm mana aku dapat lebihan roti nih..aku rasa sebab yis tu aku guna semua kot..plak tuh doh tu melekit aku letak tepung lagi..sampailah dia tak melekit sangat..kalo korang nak ikut stail aku pown boleh..dapat 2 buku roti... hehehe :)

Haaaa...ni lah 2nd roti tadi fresh from oven.....pown kembang semangkuk..hehehe

Makan panas2 lagi sodap....



walaupun sejuk..tetap lembut!!!

Yang extra nih..bawak g umah mak mentua aku..hehehe

Korang...tunggu apa lagi..g beli bahan2 cepat..pastu tunjuk aku sikit korng punya Cinnamon Pull Apart Bread nih....Selamat Mencuba!! 


Nak tgk kat video meh click sini..aku pun tgk kat video dulu...baru try buat..hehehehe



Thursday, November 28, 2013

[ReSePi] "iCe cReAM BrEaD" ReaDy wItH 2 INgReDiEnt OnLY!!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Rasa lama sangat tak update blog sejak Drama Jodoh Itu Milik Kita abis...Sebenarnye tangan mmg gatal nak mengupdate..tapi masa sgt2 lah limited..ditambah plak keje yg melambak2..penat sgt smpi tak mampu nak menaip pun...(yelah kat opis asyik menaip jer...kat umah dah penat malas nak menghadap lappy). Arini keje siap awal..dapat balik awal jadik bolehlah curi2 masa sikit untuk update blog ni..

Okay..berbalik kepada tajuk arini..."iCe cReAM BrEaD" ReaDy wItH 2 INgReDiEnt OnLY!! peh..tajuk omputih lah plak...bukan apa...aku pun tak tau nak letak tajuk apa..bila aku melayukan macam tak best la plak..kita layan je lah ye..resepi ni aku dapat kat youtube..semua gara2 si kakak yg rajin sgt tgk video masak2 kat youtube..kadang2 dia ada gak tunjuk kat aku suruh buat..tapi aku tak layanlah..tapi kes yang ni aku plak yg beria2 nak buat...nak tau sebab apa? sebabnye....aku nak tau betul ke idak bleh jadik...so, tujuan sebenar aku try ni sebenarnye nak berexperiment lah....nak tgk jugak..betul ke boleh jadik mcm dlm video tuh.. yelah..entah2 diorg tipu ke..so aku pun merajinkan diri buat balik dari opis petang tadi..

Jom kita usha resepi


Resepi: Ice Cream Bread

Bahan2:
2 cawan ais krim (apa2 perisa)
1 /2 cawan tepung naik sendiri



Cara2:
Keluarkan aiskrim & biarkan cair di luar seperti cream. Selepas itu campurkan tepung sedikit demi sedikit dah gaulkan sebati dengan spatula. Lengserkan loyang dengan mentega dan tuangkan campuran yg sebati ke dalam loyang. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 -180 C selama 30 minit @ sehingga roti masak.


Tadaaa...dah siap!! Aku pun tak tau ni consider roti @ kek..tapi aku punya macam nipis..mungkin sbb acuan cawan aku kecik kot...
aku saje letak chop chip bg nmpk cantik kunun..hehe



Korang nak tgk video youtube tuh??Meh usha kat bawah ni..
Tapi dia punya mmg cantik & gebu kan??? 
Mmg tak aci...korang trylah plak..nti bagitau aku korang punya plak ye...
Selamat mencuba!!



Friday, October 18, 2013

[HiBuRaN] sCeNe & ViDeO RoManTiK dRaMa JoDoH iTu MiLiK kiTa

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana 
kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."
Salam...

Wah..wah..wah..n3 Drama Jodoh Itu Milik Kita Lagi..nampak sangat aku ni mmg tgh angau kan..Nak kata tak de keje..melambak keje kat umah ni..cuma malas jer..yelah esok kan Sabtu..so malam ni bolehlah bermalas-malasan...hikhik...

Korang Rindu dekat Aariz ngan Dahlia tak?? Yelah lg 4 hari nak tunggu next episod Drama Jodoh Itu Milik Kita..teringat2 semua dialog2 aariz ngan dahlia yang mencuit hati dan menghibakan hati...Kalo korang pon macam aku..Jomlah layan video ngan dialog2 diorg kat bawah nih..Kalo sesapa yg terlepas episod yg lepas @ nak tgk lagi leh lah tgk kat SINI

Kalo korang ada astro leh lah tgk ulang2..Sekarang, ulangan marathon #JIMK dah ada DUA kali. 
1) Jumaat, pukul 7.30 - 9.00 pm
2) Ahad, pukul 5.30 - 7.00 pm

Waktu tayangan #JIMK pula (episod baru) tetap sama iaitu Isnin-Rabu, pukul 10 malam. Astro Mustika HD. So,  JIMK boleh ditonton hari Isnin, Selasa, Rabu (Episod baru) Jumaat, Ahad (ulangan marathon). Itu belum lagi termasuk ulangan episod yang pukul 11 pagi, 5 petang dan 9.30 malam. So..kalo korang suka..tgk jelah ulangannye ikut time2 nih..kalo tak de ToNtoN DrAmA JoDoH Itu MiLiK KitA Full EpiSoD OnLiNe sudah...

Scene #JodohItuMilikKita ep 24  dalam novel #JIMK....

"I'm sorry...i'm so sorry. Saya tak berniat untuk lukakan awak. Tapi, saya terpaksa, Dahlia...." - #AarizDanial

"Awak takkan sejuk lagi, sayang..." 


Sayangnya #Aariz buat #Dahlia setinggi Gunung Everest. Kasihnya Aariz buat Dahlia sedalam Jurang Mariana. Namun sayang....realiti tidak seindah impian. Lalu, demi cinta itu, pemilik hatinya harus dilepaskan.

"Maafkan saya, Dahlia. Hati saya tak cukup kuat...."

Scene #JodohItuMilikKita ep 25 part #Dahlia merayu kat #Aariz yang dalam novel #JIMK....


Sedaya upaya Aariz berusaha mempamerkan wajah tenang, cuba menahan air mata lelakinya yang menunggu masa untuk menitis. Beberapa kali dia mengetap bibir. Namun akhirnya dia gagal jua! Dia gagal dalam mengawal perasaannya. Dia kalah dengan perasaan yang menjadi rahsia dalam hati. Keadaan isterinya yang menangis tersedu-sedan di bawah kakinya benar-benar meruntun jiwa. 

Dan air mata yang cuba ditahan-tahan tadi akhirnya mengalir membasahi pipi. 

Lambat-lambat Aariz melutut di hadapan Dahlia. Tanpa suara dia hanya menatap wajah isterinya bersama linangan air mata.

Dahlia membalas pandangan suaminya, juga dengan air mata yang mengalir laju. Mereka saling berpandangan tanpa suara. Hanya kesunyian malam yang menemani dua keping hati yang menanggung derita, dua keping hati yang melirih hiba dan dua keping hati yang saling mencintai dalam diam.

“I’m sorry.” Akhirnya terluncur keluar juga kata-kata daripada mulut Aariz. 

Dahlia mengetap bibir. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia merasakan bahawa kata-kata maaf adalah kata-kata yang paling menyakitkan. Untuk apa maaf itu kalau Aariz tetap mahu dia kembali kepada Syafiq?

Perlahan Dahlia mengundurkan tubuh, menjauhi Aariz yang hanya memandang sebelum bangun dan berpaling. Dengan tubuh yang longlai, Dahlia menapak pergi. Namun selepas dua langkah dia menghentikan kedua kakinya.

“Bukan kata-kata maaf yang saya perlukan daripada awak.” Tanpa memandang Aariz, Dahlia menuturkan kata. 

‘What I need is you…’ sambung Dahlia dalam hati. 

Aariz terdiam lagi. Matanya melekat pada tubuh Dahlia yang semakin kecil dan semakin kecil di pandangannya. Belakang Dahlia yang kelihatan lemah dan penuh kedukaan, menghiris-hiris jiwa lelakinya. Perlahan Aariz menggenggam tangannya yang terketar-ketar. 

Dan sesaat kemudian….

“Aarghhhhh!!!!” Malam itu kondominium bernombor 110 bergegar dengan jeritan penuh luka pemiliknya. 

Dahlia yang kini berada di luar bilik terjelepuk jatuh di hadapan pintu yang terkatup rapat di belakangnya. Gegendang telinganya dapat mendengar dengan jelas jeritan suaminya. Jeritan hiba yang menggambarkan betapa lelaki itu sedang berduka. 

Perlahan Dahlia menoleh ke belakang, menatap pintu berwarna kelabu yang rapat benar dengan wajahnya. Lambat-lambat dia mengangkat tangan dan menyentuh pintu itu. Matanya seakan dapat menggambarkan suaminya menangis tersedu-sedan di atas lantai di sebalik pintu yang kini menjadi penghalang antara mereka berdua.

“You’re in that much pain. Tapi….kenapa…kenapa…kenapa awak nak saya tinggalkan awak?” soal Dahlia perlahan diselangi dengan esak tangisannya yang mendayu.

“Saya…saya…saya isteri awak, Aariz. Saya isteri awak…”












Scene #JodohItuMilikKita episod akan datang dalam novel #JIMK....

“Sekali saja, izinkan saya panggil awak…abang. Boleh, kan? Dari dulu lagi, saya teringin sangat nak panggil awak macam tu. Panggilan yang buat saya rasa yang saya ni seorang isteri.” Dengan nada sendu, Dahlia menyambung kata. Tangannya sudah pun menarik tangan kanan Aariz dan kemudian menciumnya. Penuh syahdu.

Menitis air mata lelaki Aariz saat bibir mungil Dahlia melekap pada belakang tangannya. Dalam hati, dia berusaha kuat untuk melawan keinginan untuk mengusap kepala Dahlia yang menunduk.

Abang, Lia minta abang halalkan makan minum Lia selama Lia jadi isteri abang. Lia minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala dosa Lia pada abang. Lia tahu Lia bukan isteri yang terbaik untuk abang. Dan izinkan juga untuk Lia cakap buat kali terakhir yang Lia….Lia sayangkan abang. Cuma abang dalam hati Lia.”

Aariz dapat merasakan air mata Dahlia yang sudah mula membasahi belakang tangannya. Bahu isterinya itu terhinjut-hinjut perlahan. Ah, tersiatnya hati dia melihat isterinya begitu!

Lambat-lambat Dahlia mengangkat kepala dan melepaskan pegangan tangannya. Kemudian dia menatap bola mata suaminya. Mata yang sudah pun mengalirkan air jernih. 

‘Kenapa awak menangis, Aariz? Bukankah ini yang awak nak?’ Hati kecil Dahlia menyoal sendiri.

~Novel #JodohItuMilikKita, m/s 635-636~

Kredit kepada Penulis Novel Jodoh Itu Milik Kita; Cik SA yang rajin mengupdate Official Facebook Jodoh Itu Milik Kita...

Thumb up!!!

Pic credit to http://www.perekacerita.com/2013/05/jodoh-itu-milik-kita-astro.html