-----------

-----------
Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

[ReSePi] SarDiN RoLL SiMpLe



Assalamualaikum & selamat hujung minggu...

Apa khabar semua? Dah sarapan? Arini aku nak share resepi sardin roll yg sangat simple, senang, mudah, sedap & best..wah...melambung2 puji resepi nih...Serius..resepi ni tersangat best tau..resepi ni aku cari sbb dah boring dgn roti sardin goreng tuh, so buat sardin roll ni pulak...sangat2 mudah...kejap je dah siap..sedap plak tuh...Okay...jomlah kita tgk resepi nih...

Resepi: Sardin Roll
Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/3716

Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )

200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam
Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

Untuk Pastri 
Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Untuk Inti
Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
Tumis hingga betul² garing.
Cara menyediakan Sardine Roll
Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
Image_417_ Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

Sebenarnye aku punya pastri aku pakai lebihan pizza base yg tak abis arituh aku. aku simpan kat fridge pastu aku guna balik..so aku buat inti jer..inti tu pun korang leh tukar apa2 korang nak...aku ada buat hotdog jugak sbb si asih ni na makan hotdog....pastu korang gulung dan bakar..kejap je dah siap...tadaaa.....

Selamat Mencuba!!!

Sardin Roll Yg Crispy & Sedap



Haaaa..yg bulat tuh...Hot Dog Roll 

Sunday, November 17, 2013

[ReSePi] DoNuT SeNaNg & GeBu's



Salam...

Sebenarnya dah 3x jugak buat donut nih..dolu2 malas sgt2 nak buat kuih ke masak memasak nih..tapi memandangkan sekarang anak2 dah pandai meminta...so kenalah belajar jugak kan...takkan asyik nak beli kat kedai je kan..si Kakak plak asal makan sedap sikit kat luar msti tanya aku "mama pandai tak buat ni"...Pehhh..berpeluh nak jawab..ada tak de aku jawab je macam nih.."nanti mama tgk macam mana nak buat ye.." Ayat sangat2lah keibuan kunun..hikhik...

Berbalik pada donut nih...si kakak mmg suka gille ngan donut..kalo nmpk Dunkin Donut ke Big Apple ke...mesti dia nak beli...So aku pun men"google"lah resepi donut nih..nak cari mesti yang paling senang kan..kalo susah2 mmg aku tak layan...Resepi ni aku dapat dari MyResepi tapi bila aku nak buat semalam aku cari2 dah tak jumpa plak..nasib baik ada resepi dari Cik Azie yang aku kira lebih kurang sama...Mesti korang pelik kan..kata dah pernah buat tapi kenapa nak cari resepi lagi..kalo korang nak tau aku mmg mcm nih..dah selalu buat pun aku mesti nak rujuk resepi sebelum start buat..kalo dulu semua aku letak kat hp aku..tapi ada sekali kakak g masuk dlm tong sampah (dia delete)..mengamuk aku..tuh yg sekarang semua aku update kat blog..next time aku boleh rujuk..heheheeh

Okaylah..jom kita tgk macm mana nak buat donut yang gebu's nih..

Resepi: Donut Lembut & Gebu
Sumber: http://aziejaya.blogspot.com/2012/07/resepi-ii-donut-yang-gebu-gebana.html

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening (tak letak)
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih)

Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

SELAMAT MENCUBA!! Meh tgk muka budak2 yg happy sgt2 tuh...








Coklat tu aku letak coklat ganache..pastu tabur coklat rice..leh tgk resepi kat SINI..tapi aku tukar coklat masakan pakai serbuk coklat jer...

GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
4 sudu besar serbuk coklat 
3 sudu cawan susu pekat
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:
Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
Masukkan.minyak dan kacau.
Biarkan seketika baru dicelup donut separuh..pastu tabur coklat rice..siappp....