-----------

-----------

Tuesday, December 31, 2013

[Resepi] Sambal Air Asam yang Membunuh...Sedap Giler

Assalamualaikum

Sekejap je dah nak masuk tahun 2014.. Pejam celik, pejam celik...setahun Sudah berlalu...365 hari telah ditempuh..semoga tahun baru yg bakal menjelang nanti akan menjadikan kita lebih baik dari tahun2 yg telah dilalui...

Okay..nak citer pasal resepi sambal air Asam yg Membunuh nih...sebab apa aku Cakap Membunuh? Sebab Kalo korang makan, korang tak boleh berhenti...sampai 3, 4 pinggan bertambah...dok kat meja makan sampai 2 jam...tak caya?? Cubalah dulu baru tauuu....resepi ni aku dapat dari Mak aku...Kalo Mak aku buat mmg aku dok kat meja makan 2 jam...pedas...manis..masam...pehh...cukup rasa....mmg Membunuh....Jom xmoh ckp banyak kita tgk apa bahan2 dia..



Resepi: Sambal Air Asam
Oleh: pdajawe@blogspot.com

Bahan-bahan
Cili api
Bawang besar
Belacan
Limau kasturi (diambil airnya)
Gula
Air (jika perlu)

Cara-cara
Goreng cili api, bawang & belacan. Lepas tuh Tumbuk sampai lumat..dah lumat serasikan bersama air limau kasturi, gula dan air (jika terlalu pekat). 

Siap...boleh di makan bersama ikan bakar, jantung pisang rebus, pucuk ubi rebus...pehh..terangkat..mmg Membunuh owkey....Selamat Mencuba!!!

Arini aku makan Ngan jantung pisang...sedap tak pandang kiri kanan..Kalo Mak mentua lalu pon tak perasan...kehkehkeh 






Monday, December 30, 2013

[Resepi] Nasi Beriani Kambing Pakistan


Assalamualaikum

Nak share resepi nasi beriani Pakistan yang aku buat 2@3 mg lepas...dah lama nak buat nasi beriani ni sbb en husband & anak2 mmg suka...tapi macam leceh jer...tu yg tak jadik2 nak membuatyer...tapi kali ni aku merajinkan diri aku dan akhirnya menjadik jugak nasi beriani aku nih..walaupun nasi nyer tak berapa nak jadi..tapi for 1st timer banggo jugak lah aku...kehkehkeh...susah woo nak buat nasi beriani nih...paling mencabar tau...nak jadikan nasi nye berkecai2 sebiji2...meh lah kita usha resepinyer...


Resepi Nasi Beriani Kambing Pakistan
Resepi Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
9 keping kambing (dg tulang)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk 
1 ½ cawan yoghurt (banyak lagi sedap)
2 bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus 
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Lauk:
Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.


Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.


Masukkan kambing yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 


Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.


Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.


Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.



Letak pula lapisan kedua, iaitu kambing bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 


Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan kambing. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.


Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan kambing ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.



Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar 
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.


Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

Saturday, December 21, 2013

[ReSePi] Kek Coklat Moist Yang Best Sangat


Assalamualaikum 

Malam Minggu, Makan kek coklat sambil tgk MaharajaLawak Mega 2013...fuyooo...marbeles...

Tekstur kek coklat moist kali lain sikit...tapi mmg best...sebenarnye Kalo aku tgk betul2 semua bahan2 yang digunakan sama macam resepi mak aku...boleh tgk kat SINI....cuma cara dia jer yg berbeza...dan setelah aku usha semua resepi2 kek coklat moist yg ada..aku tgk semua blogger2 Sebulat suara bersetuju cara ni adalah yg paling best buat kek coklat moist..so apa tunggu lagi? Jom kita tgk resepi nih...

Resepi Moist Coklat Kek 
sumber: ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak Zaiima Teratak Chetam

Bahan-bahan:

1 cawan gula pasir - boleh guna 3/4 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
1 sudu kecil vanilla - ni maz tambah, resipi asal xletak (aku tambah gak)
1/2 sudu kecil garam - ni maz tambah, resipi asal xletak (aku tambah gak)

Cara

1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

(Nilah cara2 yg aku Cakap tuh...kita masak dulu koko sblm di campur kan dgn bahan2 kering & telur)

2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan. (Aku bakar kaedah steambath selama 1 jam 10 minit dgn suhu 150 C sbb tak de periuk kukus)

Tadaaaaa....yummy!!! Sedap ooo...tekstur dia cantik dan naik tinggi...dan rasa dia sangat moist &  meletop...Selamat Mencuba!!!







Friday, December 20, 2013

[TiPs Best] 25 Cara Jadi Lelaki Romantis

Assalamualaikum...

Pagi tadi dapat email best nih...nak share dengan korang semua..kepada lelaki2 tolong baca yer...Baru leh korang lagi disayangi nanti...Kepada isteri, tunang, girlfriend plak, Korang pon leh panjangkan tips2 ni..bagi hint sikit kat suami ke, tunang ke, boyfriend ke...hikhik..

Jika anda sudah bosan kerana di labelkan sebagai lelaki yang kurang romantik, anda patut membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang romantik. Oh ya, tips ini boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin.

1 Peka dengan tarikh-tarikh penting

Kebiasannya si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita. Sila ‘set’kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan ulangtahun perkahwinan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini.

2 Berikan kejutan untuk si dia

Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan kepadanya.

3 Selalu memberi pujian

Wanita suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda memujinya sambil memegang erat tangannya dan memandang tepat ke dalam anak matanya. Mesti si dia cair!

4 Berikan layanan istimewa

Tidak salah sekiranya anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka pintu kereta sewaktu menghantar si dia pulang.

5 Pujuklah si dia ketika si dia merajuk

Si dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan.

6 Berpimpin tangan ketika berjalan

Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan berdua agar si dia merasa sentiasa selamat ketika berada di samping anda. Tak kiralah walaupun anda sekarang dah berkahwin dan sudah mempunyai anak 3 orang. Apa salahnya berpimpin tangan dengan si dia yang sudah pun menjadi isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda

7 Membawa si dia ke tempat-tempat yang romantic

Apa salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang romantik disamping dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di Pulau Perhentian.  Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai bila-bila antara anda berdua.

8 Kirimkan jambangan bunga kepada si dia

Wanita amat menyukai bunga. Apa kata anda pergi ke kedai bunga dan belilah bunga kesukaan si dia dan kirimkan bunga itu ke pejabat  tanpa pengetahuannya. Pasti si dia akan berasa terharu dengan bunga yang anda berikan.Dan rakan-rakan sepejabat si dia pastinya tidak habis-habis memuji sikap romantik anda. Mungkin ada di antara rakan sepejabatnya dengki dengan si dia sebab memiliki seseorang yang romantik seperti anda

9 Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap

Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak mampu untuk menahan godaan dari lelaki yang dia sayang. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.

10 Berikan senyuman manis dan menggoda

Seperti lelaki, wanita juga mudah cair apabila melihat senyuman yang paling manis daripada anda. Cuba berikan senyuman yang manis dan menggoda. Pasti si dia tidak dapat melupakan senyuman anda itu.

11 Memakai pakaian yang sedondon

Biasanya, kita akan lihat sesebuah keluarga itu berpakaian sedondong menjelang hari raya. Namun, idea ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya perlu memakai corak yang sama. Cukup jika memakai warna yang sama. Barulah orang pandang nampak sweet bila anda berdua berjalan bersama.

12 Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia

Si lelaki memang berat mulut untuk mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya disebabkan ego mereka yang tinggi. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si dia berbunga-bunga.

13 Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation

Jangan lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation. Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.

14 Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut

Panggillah si dia dengan nama panggilan yang romantik – sayang,baby ataupun honey berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.

15 Kirimkan sms cinta kepada si dia

Ambil masa seketika dan kirimkan sms cinta kepada si dia.  Katakan anda amat menyintai dan menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia akan berasa terharu selepas membaca sms anda itu.

Dan jangan lupa sms si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur bersama-sama dengan ayat-ayat cinta dari anda.

16 Tunjukkan bakat kesenian anda

Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia.Oh ya, wanita menyukai lelaki yang mempunyai bakat dalam kesenian terutamanya muzik. Kata mereka, lelaki jenis ini lebih romantik

17 Sentiasa berikan perhatian kepada si dia

Jangan tidak hiraukan dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika anda bersama dengan rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak dengan rakan-rakan anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.

18 Jadilah penyokong setia di belakang

Sokonglah setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.

19 Fahami dan peka dengan perasaan si dia

Sentiasa memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan dimakinya.

20 Jadilah pendengar yang baik dan setia

Ketika si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan solusi dan sokongan kepada si dia.

21 Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang

Kata wanita, lelaki yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah?Memang tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan selamat sewaktu berdamping dengan anda.

22 Mengambil berat keadaan si dia

Tanyakan khabar si dia ketika sakit dan bantulah si dia ketika si dia dalam kesusahan. Si dia pasti akan mengingati sikap anda yang baik hati dan caring.
Jikalau anda nak nampak lebih romantik, belikan ubat dan berikan kepada si dia.Dan tinggalkan pesanan supaya memakan ubat mengikut jam yang ditetapkan doktor.

23 Menolong si dia membuat kerja-kerja rumah

Bagi yang dah berkahwin pula, anda boleh membantu si dia di dapur, mengemas rumah ataupun menjaga anak. Kata orang tua-tua, ringan sama dijinjing, berat pula sama dipikul. Barulah rumahtangga aman damai.

24 Peluk dan ciumlah si dia selalu

Ehem-ehem! Tips ini hanya sesuai dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin jangan nak mengada-ngada ek.Setiap kali sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja, peluklah si dia dan berikan si dia ciuman di bibir sebagai tanda kasih dan sayang anda. Jangan pula anda berikan pelukan dan ciuman yang bernafsu.

25 Jadilah seorang yang menghiburkan

Hiburkanlah hati si dia dengan lawak-lawak anda ataupun cerita-cerita yang tidak membosankan. Biarkan si dia sentiasa berasa gembira dan tidak bosan sewaktu keluar bersama mahupun berbual dengan anda. Tidak perlulah anda perlu ke funfair ataupun menonton wayang untuk berhibur.

Fuhhh...alangkah bahagis kan kalo 25 nih ada kat lelaki yg kita sayang tuh...kalo cik abang aku 15 ke bawah tu adalah sikit2...no 8 dgn no 15...tak kan kot..macam kelako jer kalo dia buat...biasalah kitorg ni kan slumber couple....hehe..apa2 pon pada aku tak semua perempuan pun nak macam ni selalu...kalo buat kadang2 tu yg lagi syok & dihargai...betul tak? kalo buat selalu dah tak best dah...itu bagi akulah...so, terpulanglah kat korang nak yg macam mana..cuma kita tak boleh lah harap 100% perfect kan...50%-60% pun dah ok kot...kepada lelaki pulak...sila take note ye...

Jangan jadik macam ni sudah...heheehe..Selamat Berhujung Minggu..Happy Friday! 





Tuesday, December 17, 2013

[ReSePi] Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap

Assalamualaikum...

N3 arini bukan nak bg resepi..tapi nak mintak resepi...tolong lah..sesapa yg pandai masak sambal tumis ikan Bilis yg sedap tolong ajarin aku plssssss...sampai nak mengajuk tak nak masuk dapur dah nih.....

Mesti korang nak kutuk aku kan.... "sambal tumis jer..bukan susah pon" "takkan tak pandai buat sambal tumis kot"....Serius....bagi aku mmg tak susah...tapi nak dapat sambal tumis yang sedap & menepati citarasa tekak ni mmg ssh....dah banyak resepi aku try..tapi semuanya tak best..tak menepati piawian chef2 kat Umah nih...termasuklah tekak aku yg ngada2 nih...maybe aku yg tak pandai masak kot...resepi follow betul2 pon xjadik gak...termasuklah ikut resepi mak aku...pon tak jadik... sebenarnye nak tau masakan aku tu fail @ tak senang jer...kat Umah ni Ada 2 org masterchef yg tanpa di suruh Akan komen setiap masakan aku...jadik Kalo makan tak laju tuh @ cuit2 jer....faham2 jelah ye....

Kalo aku igt2 balik...dulu2 aku terer je masak sambal tumis nih...boleh lah dikatakan sedap di tekak aku nih...macam Mak aku masak...yang penting chef kat Umah ni pon Cakap sedap...tapi ntah kenapa sejak tahun2 kebelakangan nih sambal tumis aku Asyik tak menjadik jer...tapi Kalo aku masak kat kampung tu kadang2 jadik plak...bila masak kat Umah sendiri jadi lain..padahal semua sama jer....pelik bin ajaib betul...apa citer? Cer cite...cer cite...naik fehdap dah nih...kang aku mengajuk tak nak masak terus sambal tumis nih....uwaaaaa....

So...sesapa Ada tips nak masak sambal tumis ikan Bilis yg sedap ni...share la Ngan aku yer....tqtq :-)

Haaa...tgk nih....yg ni buat jadik plak....tak paham2....aishhhh...pening la.....hehehe


[ReSePi] Oreo Marble Layer Cheese Kek - No Bake

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Yeahh...sangat panjang resepi kali ni. Kalo google mesti tak de blog lain yg pernah buat kan..hikhik..yelah Nama yg aku sendiri cipta sebab aku pun tak tau nak letak apa Nama cheese kek ni sebenarnye...yelah dok godeh2 last2 jadik lah macam ni...

Actually ni percubaaan ke-3 aku buat cheese kek..percubaaan pertama aku buat strawbery cheesecake - baked. Leh tgk resepi kat SINI. Yang ke-2 aku try cheese kek - no baked. Buat tgh mlm then main pakai apa Bahan yg Ada jer...bila try rasa esok nyer...tak menepati piawian... tak de ummmphh gitu..So aku re-bake balik...aku asing kan blik cheese kek dgn base dia & aku alter semula..mixed dgn biskut Oreo....pastu aku tambah lagi satu layer buat original cheese flavor kat atas plak..so terjadilah 2 layer Marble Oreo Cheese Kek...okay Malas Cakap banyak Jom tgk resepi yg senang nih..

Resepi: Oreo Marble Layer Cheese Cake 

Bahan-bahan 

Bahan A (Base)

8-10 keping biskut oreo / digestive / Marie (aku pakai digestive)
Kalo pakai Oreo - buang krim - dikisar / ketuk hancur dan ketepikan 1 sudu besar utk tabur dalam kek
2-3 sudu besar mentega  - cairkan

Bahan B (Lapisan Kek)

270g cream cheese - suhu bilik
50 gram gula halus - boleh kurangkan sikit, jika tak suka manis 
70g mentega - suhu bilik
2 sudu besar susu pekat manis
160ml whipping cream + 1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil vanilla
1 sudu besar gelatin
2 sudu besar air panas mendidih
4-6 keping biskut oreo - dipatah 2

Cara :

1. Sediakan loyang untuk cheese kek jenis loose base. Letakkan tepi keliling loyang kertas minyak (baking paper) / grease dgn butter - tujuannya agar kek senang dikeluarkan. (guna loyang bulat 6 inci buat 1 layer sedang elok..tp loyang aku besar tu yg aku buat 2 layer baru nmpk tinggi & cantik)

2. Satukan bahan A dan tekan-tekan dalam loyang. Masukkan dalam peti.

3. Dalam gelas satukan gelatin dan air panas, kacau biar gelatin larut sepenuhnya - aku panaskan dalam microwave selama 5 saat - guna microwave lebih cepat gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan

4. Putar whipping cream bersama jus lemon hingga sedikit kental (klu tuang bks tu xtumpah la). Ketepikan. (Aku mcm biasa whipping cream aku tak nak kental. Jadi aku campur jer dgn cream cheese)

5. Putar cream cheese seketika, kemudian masukkan gula, susu pekat manis dan mentega. Putar lagi hingga sebati dan adunan jadi lembut. Masukkan vanilla dan putar lagi.

6. Masukkan gelatin yang telah larut dan whipping cream. Putar sebati. 

7. Tuang suku dulu atas loyang oreo tadi, kemudian susun biskut oreo yang telah dipatahkan. Tuang lagi adunan dan ratakan kemudian taburkan sedikit oreo yang dihancurkan (yg simpan 1 sudu besar).

8. Tuang lagi sedikit adunan dan susun pula sedikit lagi biskut yang telah dipatahkan.

9. Kemudian satukan lebihan oreo kisar tadi dengan baki adunan cheese yang ada dan tuang kesemuanya dalam loyang, ratakan sepenuhnya.

* step 7,8,9 aku skip sbb aku campur Oreo semua sekali bersama adunan (tu yg jadi warna coklat). Lps tu baru aku letak Oreo yg dipatahkan..

* utk layer ke-2 bahan2 pun sama..cuma aku tambah yogurt perisa strawbery...nk cari original flavor tp xde..so bedal jer...lg satu whipping cream tak letak sbb dah abis...tp ok jer pown cheesecake aku...hehe :)

10. Tutup permukaan loyang (aku tutup dengan pinggan je) dan simpan dalam peti selama 4-5 jam.

11. Boleh la dihias ikut citarasa dan sedia untuk dihidangkan...Selamat Mencuba..

Actually perisa ni korang leh buat apa2 pon..ikut suka jer...owh lagi satu yg marble kat atas tu aku amik sikit adunan then letak koko pastu coret atas permukaan cheesecake tu...pastu amik pencungkil lidi, then korang corakkaNlah ikut suka...then jadik lah marble kat atas tuh..mula2 ingat ssh...Lps tgk masterchef + YouTube ..teruslh praktikkan... Kehkeh...Jom tgk cheesecake aku nih..





 cheese kek yg tak ummmmphh tuh.....ni nama ye cheesecake hentam kromo... :)

Haaaa...tgk tu kanak2 ribena yg happy..diorg lah yg buat hiasan tuh....

Yg ni base dia yg dah diratakan.. Silakan masuk peti sejuk sebentar ye..

Kepada yg tak tau apa tu gelatin..meh tgk sini...gelatin ni macam agar2 fungsi ya nk bg kek tu keras & pejal..jadik takde lah lembik xbleh potong plak nti...

Cream cheese aku pakai tatura jer...


Yang bawah ni gambar cheesecake tuan tanah ilham dapur...sangat adorable!!! Fuhhhh...menangis tgk..,Kalo jadik cm nih..mmg mkn sambil guling2! 

Jom kita usaha utk buat sampai jadik mcm nih... :)




Sunday, December 15, 2013

[ReSePi] Sup Ayam Special & Bergedil Ayam


Assalamualaikum semua...

Nak share Resepi Sup Ayam Special yang best ni...Aku Kalo buat sup mmg fail..mesti tak sedap..budak2 plak mmg suka sup nih...jadik jenuhlah gak nak mencari resepi yang sedap nih...dah try macam2 resepi sama gak..xsedap bila jadik kat tangan aku...aku tgk mak aku tu main hiris Ngan campak2 jer tapi sedap ...Cuba aku campak2 gamaknyer mmg tercampaklah sup tu kat tong sampah kang...hehehe

Sebenarnye resepi ni aku dah pernah buat sekali..ntah apa yg kurang rasanya pun tak umpphh...tapi arini aku try lagi memandang kan komen & feedback semua bgtau sup ni mmg special & sedap..jadik ya aku try lagi arini...(serius korang tgk kat MyResepi mmg banyak laporan maskan Cakap sedap woooo) alhamdulillah akhirnyer arini punya percubaaan menjadi...yeahhhh...okay meh aku kongsi resepi Ngan korang...

Resepi Sup ayam Special
Sumber: Tulip77 (MyResepi) / http://www.myresipi.com/top/detail/2730

Bahan-bahan ( 8org )
1 ekor ayam potong 16 (aku buat separuh jer. Yelah mkn 4org jer)
1 labu bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 iji buah pelaga
2 bj kentang
1 btg lobak
1 mangkuk air panas br masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara
Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Walaaaaaa....sedap woooo...en suami & anak2 pun Cakap sedap..kakak menghirup sup berhenti...happy sesangat !!


Haaa...ni plak nak share resepi Begedil Ayam yang sedap nih..resepi aku dapat dari anak buah aku yg dok kat JB tuh..mmg sedap...masa mula2 mkn masa tu kat BP ank buah aku buat mee sup kat umah atok dia aka makcik aku lah...makan tak benti..terus aku mintak resepi...sedap sampai nak golek2 tau...meh usha resepi yok...

Resepi BERGEDIL AYAM
Sumber: Nyz

bahan2:  
kentang, bwg grg, daun bawang, daging @ ayam yg dah direbus (aku ambik je isi ayam yg dalam kuah sup tu), telur utk salut & garam secukup rasa

Cara2
Goreng kentang sampai empuk.. lenyekkan.. gaul dgn semua bahan di atas kecuali telur.. kepal2kan.. pastu salut telur.. then grg.. siap!



Selamat Mencuba!!!

Saturday, December 14, 2013

[HoLidaY tRip] Unplanned Trip To Bayou Lagoon Park Resort, Melaka



Assalamualaikum dan selamat hujung minggu...

Arini nak share sikit pasal unplanned holiday kat Melaka last weekend. Sebenarnya nak update lama dah..tapi internet line yg amat mencemburui...bleh plak quota abis..punyala siput sedut line dia..maleh lah nak post & upload apa..so arini quota dah topup..so bolehlah berjimba ngan internet nih..keh..keh..

Okay meh aku teruskan cite pasal n3 arini..sebenarnya ni unplanned holiday..mmg nak g holiday..budak2 dok tanya..tapi baba dia tersangatlah busy siang, mlm, hari minggu semua keje..jadiknya terpaksalah kami mencuri2 masa utk bercuti gak ngan budak2 nih...Bila baba dapat tau dia ada keje kat Melak last week dia terus bgtau aku suh book hotel..dia cakap book je lah apa2 janji ada swimming pool sbb budak2 ni suka sgt mandi kolam..so at least bila ada swimming pool, budak ni bolehlah mandi sementara baba dia g keje...

Dipendekkan cite..cari punya cari..terjumpalah satu Apartment Hotel ni...Bayou Lagoon Park Resort tak pernah tau pun tempat ni exist kat Melaka...tapi bila browse gambar macam best jer...so aku decide nak g kat sini...tapi malangnya bila aku nak buat reservations "no room available on the selected date". Tersangatlah hampa...tapi tak putus asa..aku cari pla at Agoda dan alhamdulillah masih ada bilik yang available...so aku terus booking...yeah!! Happy!! Terima Kasih Agoda!!

Haaa...inilah receipt confirmation booking

Sebenarnya aku dah beberapa kali gak booking through Agoda ni..so far semua ok & tak de masalah..bila sampai hotel pun tak lama dah...bagi booking receipt, terus check in & dapat kunci terus...senang kan??? Kalo nak tanya betul ke tak Agoda ni, nti kena tipu macam mana? So far semua booking aku tak de masalah..tapi kalo betul2 ada masalah, korang leh mintak refund...So, kepada korang yg tak pernah tau pasal Agoda ni, korang trylah usha2..Bagi aku Agoda ni sgt senang dan mudah..semuanya di hujung jari anda gituw..hikhik...Kalo minat bolehlah register kat SINI. Cehdah macam salesperson utk Agoda dah ni..tak de komisen pown...Tapi aga2 kalo Agoda nak cari duta leh lah cari aku..hikhik

Okaylay, jom kita tgk apa yang kat kat Bayou Lagoon Park Resort Melaka nih...Biar gambar berbicara..ececece.....zasssssssss....

Bilik yang best..aku kalo g mana2 mesti tangap gambar builik awal2 sblm bdk2 main lompat2..hehe

ada jakuzi ohkey..wink**

Sangat besih & selesa

Mini Pantry

halll...

ini dia yg ditunggu2....

Ready....

Go.......



Ramai orang owkey...





usha awek la plak..hikhik


ada berani?/

ada princesss...


dapat free gift..happy!!

Lobby 1

Lobby 2

kakak sengaja ami gambar perut mama katanya....

haaa...baru betul...

ada talent kakak ni amik gambar...


jalan2 kat town malam2


Cari makan kat Restoran Upin Ipin

Happy tol makan ayam upin ipin

Pehh..kakak punya muka...

2nd day kat swimming pool plak



Terjah Best Asam Pedas in Melaka...

Kakak & air sirapnyerrr...

Ikan Tenggiri

Ikan Pari

Kakak cakap sedap...

amik gambar kat beca RM 2.00 yeeee....

Hard Rock Cafe Melaka


Naik gak beca RM25.00 

Benti kat sini ami gambar jap...pak cik beca cakap..10 min nti datang balik..

Terima Kasih Pak cik beca tolong amik gambar

ABC Ice Crean & Cendol Ice Cream

Add caption


ramai..makan sambil berdiri pun ada...



Akhirnya....abis gak..terima kasih sbb baca sampai abis....banyak lagi gambar..tak larat nak upload..kalo nak tgk meh gi usha kat Facebook aku ye...gambar tanpa tapisan...300++ ..amik ko...kehkeh...