-----------

-----------

Wednesday, October 30, 2013

[ReSePi] SoTong GoReng TePung BuTterMilk Yg MarVeLous

Salam...

Okay..ni dinner semalam...Super Duper Xpress Dinner... mana taknyer kul 8.15 mlm start masak..tup2 En Husband dapat call kena keje plak nak kuar kul 9.00. mau tak bersilat aku kat dapur..Nasib baik sotong dah siap potong...So teruslah aku siap bahan2 nak masak..

Sebenarnye smlm balik awal..kul 6.30 dah sampai umah..Biasanya aku kalo tak gelap mmg tak sampai umah lagi..Tp sbb in between tu ada benda nak buat..tu yg tak boleh stat masak awal tuh.. Kenapa aku balik awal? Ha..tu nanti aku cite ekk..(hehehe..surprise) Sekarang meh kita tgk Resepi yang sedap & lemak berkrim nih..Resepi asal aku amik dari Azie Kitchen kat SINI

Resepi: Sotong Goreng ButterMilk
Olahan Oleh: http://pdajawe.blogspot.com/

Bahan-Bahannya 
Sotong
Serbuk Kari
Tepung Gandum
Telur Sebiji
Daun Kari
Butter
Cheese
Susu Cair
Cili Padi
Garam
Perasa
Gula

Cara-caranya

Sotong Goreng
Mula mula sotong dibasuh, ditos dan dikeringkan. Lepas tu diperap bersama serbuk kari & telur. Lepas tu tepung gandum dicampurkan dengan serbuk kari & garam sedikit..gaul rata2 sampai warna tepung tu jadi keperangan sikit..Lepas to ambil sotong & digaul satu persatu ke dalam tepung & kemudian digoreng. (Boleh gak masukkan daun kari utk digoreng bersama..nanti baunye harummm..) Goreng dengan api yang sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan seketika.

Nota: Utk mendapatkan sotong yg ranggup & cantik, Sotong kena disalut satu persatu..Jangan campurkan semua sekali ke dalam tepung. Ini kerana sotong berair & akan membuatkan tepung mencair bersama sotong..so nanti sotong korang xcantiklah...


Mengunakan kuali yang lain, panaskan mentega mengikut jumlah yang disukai. Biarkan sehingga mentega cair. Guna api perlahan jer. Kalau tidak, boleh hangit jadinya minyak kita tu...

Hiriskan beberapa biji cili padi mengikut pedas yang kita sukai dan beberapa pelepah daun kari. Masukkan ke dalam minyak mentega tadi dan biarkan sehingga ianya mewangi. Bila sudah mewangi, bolehlah dimasukkan susu cair. Berapa tin nak guna? Pun ikut sukahati sendiri, kalau banyak sotong kita tu, buatlah 2 atau 3 tin susu cair ke.

Biarkan susu menggelegak seketika. Masukkan cheese (ni aku lupa masuk,kalo tak mmg lagi marvelous), sedikit garam dan gula. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Kemudian bancuhkan sedikit tepung gandum dengan air dan dituang ke dalamnya bertujuan untuk memekatkan kuah (ni aku skip gak sbb kuah tu akan pekat gak semasa disejukkan). Kacau rata dan bolehlah ditutup api. Selain sotong, sedap juga dibuat Udang Butter atau Ketam ke..

Senang sesangat kan? Bila makan kat kedai tuh..umagai..sedapnyer..macammana lah nak buat nih..bila dah tau..pejam mata jer dah siap kan....So sempat lah aku menyiapkan dinner sebelum kul 9mlm..Tapi jangan igt aku masak ni jer tau..aku pun masak Sayur Terung Berlado..Ni pun masak cincai..selalu kalo aku masak terung nih mmg fail...tak sedaplah..terungnye keraslah..tapi kali ni en husband cakap "sedap...macam kat kedai..." kembang kuncup lah hidung aku yg kembang nih..haha...

Mehlah sini aku kongsi Resepi yg senang nih...Resepi asal dapat dari dapur Cik Mat kat SINI


Resepi: Terung Berlado
Olahan Oleh: http://pdajawe.blogspot.com/

Bahan-bahannya
1 biji Terung ungu 
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan (tak letak)
2 biji limau kasturi, perah jusnya (tak letak)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk hancur 
(mula2 aku tumbuk..pastu lambat sangat, aku blender jer..tp jgn hancur sangat ye)
3 biji cili merah (ikut korang suka & tgk berapa byk terung korang ye..aku punya terbanyak sbb terung aku kan sebiji jer)
1/2 biji bawang besar  merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris (tak letak)

Cara membuatnya
Terung dibelah ikut suka korang, rendam dalam air garam 10 minit, toskan hingga kering. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan. Masukkan terung dan goreng dengan api sederhana hingga terung lembut (tapi tidak lembik). Angkat dan letak atas paper towel. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar atau lebih). Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum dan garing, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan bila sambal betul2 kering, tambah jus limau kasturi, gaul dan matikan api. Tuang atas terung dan ratakan. Tabur sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan. Hidangkan segera.

Dah siap...tak menyempat nak menghidang en suami dah g amik dalam kuali...heheheehe..Sedap lah tuh....

Nak tau kenapa aku balik awal?? Ha...ni dia....akhirnya aku terjebak & install Astro kat rumah..bukan sbb suka2 ye..sbb channel dah teruk sgt..Tv9 jer dapat..yg lain semua kelabu asap..siap bunya "kesek2" lagi..So sekarang leh tgk Jodoh Itu Milik Kita Live!! Tapi jgn risau..aku tetap akan update episod online tih..so korang jangan risau..still leh tgk kat SINI ye...







Saturday, October 19, 2013

[ReSePi] rEd vELVet CaKe Yg SeDap & SgT SeNanG (RVC)

Salam & selamat Hujung Minggu...

Sape pernah makan Red Velvet Cake ni?? Aku tgk ramai org dok post kat FB..rupa mmg menarik tapi aku tak pernah beli..apatah rasa!! Sampai tekak aku yg mengada2 ni "teringin" nak makan...jadik aku pon blogwalking lah resepi Red Velvet Cake nih...sampailah aku jumpa resepi kat blog Cik Hana's Family yang aku rasa paling senang sekali...dan akhirnye aku pon nekad nak buat Red Velvet Cake yg sedap & senang ni awal bulan aritu sempena Hari Lahir Ibu aku yg Ke-60 (05.10.13)...Surprise lah konon2..hikhik..Yelah biasa asyik mak je yg buat kek utk aku..kali ni biar aku plak yg buat...dgn semangat yg membara2 aku pon gi cari barang2 dan akhirnye terjadilah kejadian Red Velvet Cake yg sangat sedap dan senang nih... Ya Allah..sedaap rupanya benda alah ni kan...sampai tak cukup kitorg nak makan satu family...dgn rasa cheesenyer..di makan ketika sejuk..pehhh..mmg puas hati...Kalo korang nak cuba meh tgk resepi dia yg aku copy & paste dari blog Hana's family nih...




RESEPI KEK RED VELVET MOIST
Resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas -  aku ikut hana tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - aku ikut hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.(aku guna 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar)

Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.

Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.

Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. 

Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Meh tgk kejadian Red Velvet Cake aku..Tapi aku punya loyang besar sikit so kek aku jadik rendah..kalo korang pakai adunan  ni aku sarankan pakai loyang kecik sikit @ kalo nak pakai loyang besar korang kena buat dua adunan @ 2 kek..so kek korang akan nampak tinggi dah cantik sbb kita akan buat layer utk kek nih...Gambo kurang memuaskan sbb pakai Camera henpon jer..kawan baik DSLR kat KL...







Inilah Ibu Kesayangan Kami
Aku, adik aku, mak, akak ipar aku, anak buah aku ngan adik...
Nilah adik beradik aku..5 orang (adik aku, abg ngah, mak, yuz, abg long, aku)

Kalo nak tgk gambar2 hapenning kitorang leh tgk kat Facebook aku kat SINI. Kek ni aku mesti buat lagi..rasa tak cukup je arituh..

So, korang tungu apa lagi..trylah Resepi Red Velvet Cake yg Paling Sedap & Senang nih..Selamat Mencuba!!


Friday, October 18, 2013

[HiBuRaN] sCeNe & ViDeO RoManTiK dRaMa JoDoH iTu MiLiK kiTa

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana 
kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."
Salam...

Wah..wah..wah..n3 Drama Jodoh Itu Milik Kita Lagi..nampak sangat aku ni mmg tgh angau kan..Nak kata tak de keje..melambak keje kat umah ni..cuma malas jer..yelah esok kan Sabtu..so malam ni bolehlah bermalas-malasan...hikhik...

Korang Rindu dekat Aariz ngan Dahlia tak?? Yelah lg 4 hari nak tunggu next episod Drama Jodoh Itu Milik Kita..teringat2 semua dialog2 aariz ngan dahlia yang mencuit hati dan menghibakan hati...Kalo korang pon macam aku..Jomlah layan video ngan dialog2 diorg kat bawah nih..Kalo sesapa yg terlepas episod yg lepas @ nak tgk lagi leh lah tgk kat SINI

Kalo korang ada astro leh lah tgk ulang2..Sekarang, ulangan marathon #JIMK dah ada DUA kali. 
1) Jumaat, pukul 7.30 - 9.00 pm
2) Ahad, pukul 5.30 - 7.00 pm

Waktu tayangan #JIMK pula (episod baru) tetap sama iaitu Isnin-Rabu, pukul 10 malam. Astro Mustika HD. So,  JIMK boleh ditonton hari Isnin, Selasa, Rabu (Episod baru) Jumaat, Ahad (ulangan marathon). Itu belum lagi termasuk ulangan episod yang pukul 11 pagi, 5 petang dan 9.30 malam. So..kalo korang suka..tgk jelah ulangannye ikut time2 nih..kalo tak de ToNtoN DrAmA JoDoH Itu MiLiK KitA Full EpiSoD OnLiNe sudah...

Scene #JodohItuMilikKita ep 24  dalam novel #JIMK....

"I'm sorry...i'm so sorry. Saya tak berniat untuk lukakan awak. Tapi, saya terpaksa, Dahlia...." - #AarizDanial

"Awak takkan sejuk lagi, sayang..." 


Sayangnya #Aariz buat #Dahlia setinggi Gunung Everest. Kasihnya Aariz buat Dahlia sedalam Jurang Mariana. Namun sayang....realiti tidak seindah impian. Lalu, demi cinta itu, pemilik hatinya harus dilepaskan.

"Maafkan saya, Dahlia. Hati saya tak cukup kuat...."

Scene #JodohItuMilikKita ep 25 part #Dahlia merayu kat #Aariz yang dalam novel #JIMK....


Sedaya upaya Aariz berusaha mempamerkan wajah tenang, cuba menahan air mata lelakinya yang menunggu masa untuk menitis. Beberapa kali dia mengetap bibir. Namun akhirnya dia gagal jua! Dia gagal dalam mengawal perasaannya. Dia kalah dengan perasaan yang menjadi rahsia dalam hati. Keadaan isterinya yang menangis tersedu-sedan di bawah kakinya benar-benar meruntun jiwa. 

Dan air mata yang cuba ditahan-tahan tadi akhirnya mengalir membasahi pipi. 

Lambat-lambat Aariz melutut di hadapan Dahlia. Tanpa suara dia hanya menatap wajah isterinya bersama linangan air mata.

Dahlia membalas pandangan suaminya, juga dengan air mata yang mengalir laju. Mereka saling berpandangan tanpa suara. Hanya kesunyian malam yang menemani dua keping hati yang menanggung derita, dua keping hati yang melirih hiba dan dua keping hati yang saling mencintai dalam diam.

“I’m sorry.” Akhirnya terluncur keluar juga kata-kata daripada mulut Aariz. 

Dahlia mengetap bibir. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia merasakan bahawa kata-kata maaf adalah kata-kata yang paling menyakitkan. Untuk apa maaf itu kalau Aariz tetap mahu dia kembali kepada Syafiq?

Perlahan Dahlia mengundurkan tubuh, menjauhi Aariz yang hanya memandang sebelum bangun dan berpaling. Dengan tubuh yang longlai, Dahlia menapak pergi. Namun selepas dua langkah dia menghentikan kedua kakinya.

“Bukan kata-kata maaf yang saya perlukan daripada awak.” Tanpa memandang Aariz, Dahlia menuturkan kata. 

‘What I need is you…’ sambung Dahlia dalam hati. 

Aariz terdiam lagi. Matanya melekat pada tubuh Dahlia yang semakin kecil dan semakin kecil di pandangannya. Belakang Dahlia yang kelihatan lemah dan penuh kedukaan, menghiris-hiris jiwa lelakinya. Perlahan Aariz menggenggam tangannya yang terketar-ketar. 

Dan sesaat kemudian….

“Aarghhhhh!!!!” Malam itu kondominium bernombor 110 bergegar dengan jeritan penuh luka pemiliknya. 

Dahlia yang kini berada di luar bilik terjelepuk jatuh di hadapan pintu yang terkatup rapat di belakangnya. Gegendang telinganya dapat mendengar dengan jelas jeritan suaminya. Jeritan hiba yang menggambarkan betapa lelaki itu sedang berduka. 

Perlahan Dahlia menoleh ke belakang, menatap pintu berwarna kelabu yang rapat benar dengan wajahnya. Lambat-lambat dia mengangkat tangan dan menyentuh pintu itu. Matanya seakan dapat menggambarkan suaminya menangis tersedu-sedan di atas lantai di sebalik pintu yang kini menjadi penghalang antara mereka berdua.

“You’re in that much pain. Tapi….kenapa…kenapa…kenapa awak nak saya tinggalkan awak?” soal Dahlia perlahan diselangi dengan esak tangisannya yang mendayu.

“Saya…saya…saya isteri awak, Aariz. Saya isteri awak…”












Scene #JodohItuMilikKita episod akan datang dalam novel #JIMK....

“Sekali saja, izinkan saya panggil awak…abang. Boleh, kan? Dari dulu lagi, saya teringin sangat nak panggil awak macam tu. Panggilan yang buat saya rasa yang saya ni seorang isteri.” Dengan nada sendu, Dahlia menyambung kata. Tangannya sudah pun menarik tangan kanan Aariz dan kemudian menciumnya. Penuh syahdu.

Menitis air mata lelaki Aariz saat bibir mungil Dahlia melekap pada belakang tangannya. Dalam hati, dia berusaha kuat untuk melawan keinginan untuk mengusap kepala Dahlia yang menunduk.

Abang, Lia minta abang halalkan makan minum Lia selama Lia jadi isteri abang. Lia minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala dosa Lia pada abang. Lia tahu Lia bukan isteri yang terbaik untuk abang. Dan izinkan juga untuk Lia cakap buat kali terakhir yang Lia….Lia sayangkan abang. Cuma abang dalam hati Lia.”

Aariz dapat merasakan air mata Dahlia yang sudah mula membasahi belakang tangannya. Bahu isterinya itu terhinjut-hinjut perlahan. Ah, tersiatnya hati dia melihat isterinya begitu!

Lambat-lambat Dahlia mengangkat kepala dan melepaskan pegangan tangannya. Kemudian dia menatap bola mata suaminya. Mata yang sudah pun mengalirkan air jernih. 

‘Kenapa awak menangis, Aariz? Bukankah ini yang awak nak?’ Hati kecil Dahlia menyoal sendiri.

~Novel #JodohItuMilikKita, m/s 635-636~

Kredit kepada Penulis Novel Jodoh Itu Milik Kita; Cik SA yang rajin mengupdate Official Facebook Jodoh Itu Milik Kita...

Thumb up!!!

Pic credit to http://www.perekacerita.com/2013/05/jodoh-itu-milik-kita-astro.html






Tuesday, October 15, 2013

[ReSePi] Kek CoKLaT mOiSt SeNaNg & SeDaP

Salam AidilAdha,


Tahun ni sekali lagi beraya kat Shah Alam..Rasanye dah lama tak balik kg pada hari Raya Qurban...Kadang2 mak ngan adik aku datang beraya kat sini..kalo x aku beraya kat umah mak Mentua aku kat Jalan Kebun jer...So, taun ni pun sama...Raya sekarang ni mmg tak terasa kemeriahannye kan?? Hari Raya Aidilfitri pun dah suam2 kuku..apatah lagi Hari Raya Qurban..kesian gak kat anak2 sekarang yg tak dapat merasa beraya sakan macam zaman2 aku dulu..

Teringat masa dulu2 even Hari Raya Qurban..mak aku tetap masak macam Hari Raya Aidilfitri..cukup semuanyer..pagi2 raya siap pakai baju kurung segala tauu..Tapi sekarang Raya Aidilfitri setengah ari dah tukar seluar dah..ye tak..hikhik...

Oklah..sebenarnye nak cite pasal Kek coklat Moist nih..memandangkan taun ni kat tempat aku pun tak de acara qurban jadik mmg sunyilah..kat umah jalan kebun pun tak de sesapa...jadik laki aku pun ajak balik awal...dah sampai umah awal tuh..apa lagi...terajinlah plak nak buat Kek Coklat Moist nih...bahan2 dah lama beli..cuma tak sempat nak buat jer..angan2 mmg nak buat utk Hari Raya Qurban nih..tapi memandangan kesihatan yg tak mengizinan..jadik terpaksalah barang2 tu dok lama terperap kat dapur tuh...

Resepi ni resepi mak aku..aku mmg suka kek coklat moist nih..dulu masa belajar kat uitm shah alam, setiap kali balik kg mesti mak aku buatkan buat bekal balik hostel nanti...member2 aku semua suka makan..resepi mak aku ni mmg senang giler sampai adik aku yg lelaki tu pn pandai buat sendiri..tak caya? Jom tengok sini resepinye...keyword dia.."SATU"..nak tau apa satu tuh?? meh usha yok!

Resepi: Kek Coklat Moist
Oleh: PdA Jawe In D HouZze

Bahan2
Tepung gandum 1 1/2 cawan
Telur 2 biji (pakai 3 biji pown boleh)
Gula 1 cawan
Serbuk koko 1 cawan
Susu pekat manis 1 cawan
Minyak masak 1 cawan
Air Panas 1 cawan
Soda bikarbonat 1sk
Baking powder 1sk
Esen vanilla 1sk

Cara2
Mula2 ayak dulu tepung, koko, soda bikarbonat & baking power...satukan & ketepikan..Pastu masukkan telur dengan gula..putar sampai kembang..kemudian masukkan susu, minyak masak, esen vanilla & air panas satu persatu..kemudian masukkan pula tepung sedikit demi sedikit. Gaul sampai sebati. dah siapp...lengserkan butter/ marjerin kat loyang @ letak kertas minyak...pastu tuang kan addan tadi ke dalam loyang....sedia untuk di bakar!! Masukkan dalam oven yg terlebih dahul dipanaskan..suhu 170c selama 1 jam bergantung kepada kepanasan oven masing2..tapi aku tadi 45 min jer dah masak...Kek ni boleh gak dikukus...Tapi sebab aku suka kering2 sikit tu yang aku suka bakar tuh...so korang ikutlah kata hati ye...huhuhu

So...senangkan?? sekarang korang tau kan kenapa aku cakap keyword dia "satu"..cuba tengok bahan2 atas tu..semua 1 cawan, 1 sk kan..kecuali telur & tepung..ni ler yg mak aku selalu bgtau suruh aku ingat resepi nih...tapi kadang2 aku lupa gak..kikikiki...Meh tgk hasilnyer yer...


Ni aku buat tak de salut..biasa jer sbb bahan2 tak dak...hehe
Ni lepas terbalikkan..smooth jer..tak lekat pown..
Nyum..nyum..nyum...
Ha...tu kerak2 kat atas tu yg aku suka tuh...hehehe
Ni lah muka budak bila tanya sedap ke tak...tangan cakap sedap..tapi muka poyo..
pastu ni posing soh org amik gambo plak..:)
Yang ni aku buat bulan lepas kot...siap buat ganache sekali..lagi yummy...

Okay..ni aku nak share gak cara2 buat Coklat Ganache..ni aku baru jumpa kat blog Yatimemories..macam best..belum try lagi..nanti nak try..yg aku buat ni dia jadik keras berketul2 coklat dia..tapi resepi kat bawah ni tak tau..korang cubalah....


GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
150gm cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:
Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
Masukkan.minyak dan kacau.
Biarkan seketika baru dicurah atas kek

*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..



Saturday, October 12, 2013

[ReSePi] KaRi KepaLa IkAn SeDaP Lagi SeNang

Salam..

Selamat Hari Minggu..Kepada sesapa yg dah sampai kampung ke @ masih lagi otw dan terjebak dgn kesesakan lalu lintas...di harap bersabar & berhati2 ye..cehh...ayat ntah apa2...takpe lah tumpang happay kat kengkawan yg bali kampung utk menyambut Hari Raya AidilAdha...Aku raya kat sini jer...isnin pong keje lagi....Nasib baiklah adik aku dok dekat..bolehlah dia balik mlm isnin raya ngan Cik Ju..Kalo tak mesti Cik Ju nangis..Cian mak....

Okok...dah2 touching2..nak cite pasal  lunch arini...Kari Kepala Ikan..ikan apa..aku tak tau lah namanye..yelah kan entry aku sebelum ni pun dah bgtau aku ni bukan tau nama ikan pong...yg aku tau ika selar jer utk Lauk 3 Sekawan aku tuh..ekekekeke..sebenarnye ikan ni en husben dapat masa memncing kot..separuh dah digoreng mlm khamis aritu..tinggallah separuh lagi belah kepala nih...takkan nak goreng @ buat ikan 3 rasa kot kepala nih..yg aku rasa paling2 sesuai sama ada Sup Kepala Ikan @ Kari Kepala Ikan...Akcelly dua2 lauk ni aku mmg failed..bukan tak tau masak..tapi rasa mcm tak sedap di tekak..huhuhu..tapi aku pilih nak buat Kari Kepala Ikan sbb arituh laki aku ada beli kari..dia kata sedap..mmg sedap pon..pastu dia tanya "awak boleh buat tak mcm nih?"...aduh...takkan kata tak tau plak kan...tak mencabarlah lah plak...tpi aku jawab "entah..boleh cuba..nanti saya cari resepi yg sedap"..hehe ayat ala2 isteri solehah...padahal muka aku poyo jer..plk tuh nampak laki aku dok senyum nak kena gigit nampak...saje lah tuh...nak kutuk kang aku taknak masak..kena makan maggie je plak..haha..jahat tak aku..kalo aku merajuk..aku taknak masak2..lgi2 kalo masak org tak makan..alamat 2.3 mg tak berasap dapur woooo...hahahahaha...brutal tak brutal..tak caya? air pun tak masak? mmglah aku amik air yg 50sen to masuk dlm botol byk2 satu kotak dlm 3 mg..kalo musim panas..seminggu je dah abis dah...waakakaka..teruk kan..air pun tak masak...ish2..ish2..

Dahlah..panjang lah mukadimah aku nih..jomlah kita tgk aku punya resepi nih..Aku dapat ni dari akak Ayu (opis aku)..kebetulan mg lps dia masak kari ikan pastu bagi aku makan...sedapppp..tu yg terus aku tanya dia macam mana nak buat tuh..jom usha yok!

Resepi Kari Kepala Ikan

Olahan oleh: Pda jawe In D houZze

Bahan2

Kepala Ikan (apa2 ikan pon boleh..yg banyak isi baru sedap..jgn ikan selar sudahlah..ekekeke)
Kari Ikan Baba's (2 @ 3 Peket)
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 6/7 ulas (nak banya pun tak pe lagi sedap)
Biji Halwa (2 @ 3 biji)
Jintan Putih (agak2)
Jintan Manis (agak2)
Daun Kari
Tomato / Bendi / Terung (sukatilah korang nak letak apa, aku letak tomato & terung)
Air Asam
Garam
Santan @ susu caik @ susu segar (aku guna susu segar sbb lupa beli santan)

Cara2

Hiris Bawang Besar & bawang putih nipis
Tumiskan Bawang besar, bawang putih, halba, jintan manis, jintan putih & daun kari sampai naik bau
Masukkan Serbuk Kari (bancuh dgn air terlebih dahulu ye..jgn masuk serbuk2 tuh)
Tumis sampai pecah minyak...
Pastu masukkan tomato, terung, ikan, garam
Masukkan plak air asam, santan/susu cair / susu segar (sikit je)...pastu masukkan air ikut kuah nak banyak mana..Biarkan mendidih sampai masak....

Selamat Mencuba!!! Meh Tgk Kari Kepala Ikan aku nih...jangan meleleh air liur sudah...ekekekee..



Walaupun hiris2 jer..tapi sodap.....

makan ngan roti ngan lempeng pon sedap nih...

Nyummy!!!

Jemput Makan...

Friday, October 11, 2013

[bErItA] EnAm BeraDik DiTinGgal KeLapaRan

Salam,

Tak pernah2 update n3 kat ofis..tapi nampak berita ni hati terus rasa sebak dan sayu..Emosi Sangat2 tergangu dengan berita ni :(

Rasa nak buat keje pun tak ada semangat..Hati sangat2 tersentuh dan bagai terhiris sembilu bila baca berita ni..

Sebenarnya berita ni telah dikeluarkan pada 6 Oktober 2013...tapi aku baru nampak kat FB setelah di share oleh rakan2 Facebook..Terus aku meng"google" untuk melihat cerita yg sebenarnya...info ni aku amik dari SINAR HARIAN

Sama2lah kita amik iktibar & pengajaran..Ya Allah kau lindungilah anak2 yang tidak berdosa ini..Semoda anak2 ini ditempatkan di tempat yg selamat & mendapat kasih sayang yang sepatutnye...

Enam beradik ditinggal kelaparan

BY: ARZIANA MOHMAD AZAMAN
6 Oktober 2013

Bayi baru berusia 7 Bulan tinggal "nyawa2 ikan" kerana terlalu lapar dan penat menangis



6 Beradik yg ditinggalkan

KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya

Thursday, October 10, 2013

[rEsEPi] AiskriM GoReng SedaP & SeNang (*ΘェΘ*)

Aiskrim Goreng Yang Marvelous

SaLam...

Kegilaan apakah ini?? Buat aiskrim goreng pada tgh malam? actually dah pagi...1.30pagi hari Khamis!! Esok keje ye...apa??? alasan nak MC?? No..no....aku bukan jenis org macam tuh yeh..

Ok...aku tak kisah kalo korang nak cakap aku giler..ye....aku mmg giler...lebih tepat lagi..sebenarnye aku STRESSSSSS.....badan penat, otak penat..hati sakit..tapi mata taknak lelap...kat ofis stress...kat umah stress...jadik sebelum aku meletoppp..baik aku buat sesuatu utk menyejukkan hati aku yg tengah panas nih....so...aku pun bukak peti sejuk ada Homemade Aiskrim yg aku buat utk Kasih mg lepas..(bleh klik SINI utk resepi homemade aiskrim yang sedap & senang nih...).jadik aku pun makanlah aiskrim tu sebanyak2nyer...teringat plak kat kasih yg mintak buat Aiskrim goreng 2, 3 hari lepas..tapi roti plak tak de masa tuh..memandangkan tadi aku dah beli roti..jadik aku pun terus buat aiskrim goreng nih disamping merasmikan acuan roti yg aku beli dekat Daiso MidValley 2 mg lepas yg belom sempat digunakan..hehehe...pegang roti, acuan, aiskrim & camera...muka terus ada senyum...hati yg panas pun dh reda sikit....

Resepi aiskrim goreng ni aku tengok kat blog Hana's Family...senang je pun nak buatnyer..ingat susah sangat..tapi kena buat in advance..esok baru leh goreng...sebab tu aku buat malam ni jadik sok balik keje aku boleh goreng...kurang lagi stress ngan panas ati aku ni kannnn..

Resepi: AisKrim Goreng
Olahan: Pda Jawe In D HouZze

Bahan-bahan:
10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa2 perisa)
Plastik wrap ( untuk balut roti) - aku masuk dalam tupperware tutup ketat2 jer
Minyak

Cara-cara:
Lembabkan roti dengan air ( aku renjis2 je air sikit2)
Skopkan aiskrim ke atas roti.
Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
Tekan acuan supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas


malam ni buat pakai aiskrim strawberi..

Pakai acuan ni senang sikit..tekan kuat2 ye...

ha...kan cantik je tuh...
Actually yg ni aku dah buat lama..tapi ta pakai acuan...tekan2 sendiri jer...
Ni lepas di potong...tapi ni aku pakai aiskrim coklat / vanilla
Nilah acuan yg aku dapat kat daiso..Happy!!!

Haaa.....ni yg aku buat pakai acuan kat atas tuh..cantik molek kan...



Seronok betul kakak makan...