-----------

-----------

Friday, October 18, 2013

[HiBuRaN] sCeNe & ViDeO RoManTiK dRaMa JoDoH iTu MiLiK kiTa

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana 
kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."
Salam...

Wah..wah..wah..n3 Drama Jodoh Itu Milik Kita Lagi..nampak sangat aku ni mmg tgh angau kan..Nak kata tak de keje..melambak keje kat umah ni..cuma malas jer..yelah esok kan Sabtu..so malam ni bolehlah bermalas-malasan...hikhik...

Korang Rindu dekat Aariz ngan Dahlia tak?? Yelah lg 4 hari nak tunggu next episod Drama Jodoh Itu Milik Kita..teringat2 semua dialog2 aariz ngan dahlia yang mencuit hati dan menghibakan hati...Kalo korang pon macam aku..Jomlah layan video ngan dialog2 diorg kat bawah nih..Kalo sesapa yg terlepas episod yg lepas @ nak tgk lagi leh lah tgk kat SINI

Kalo korang ada astro leh lah tgk ulang2..Sekarang, ulangan marathon #JIMK dah ada DUA kali. 
1) Jumaat, pukul 7.30 - 9.00 pm
2) Ahad, pukul 5.30 - 7.00 pm

Waktu tayangan #JIMK pula (episod baru) tetap sama iaitu Isnin-Rabu, pukul 10 malam. Astro Mustika HD. So,  JIMK boleh ditonton hari Isnin, Selasa, Rabu (Episod baru) Jumaat, Ahad (ulangan marathon). Itu belum lagi termasuk ulangan episod yang pukul 11 pagi, 5 petang dan 9.30 malam. So..kalo korang suka..tgk jelah ulangannye ikut time2 nih..kalo tak de ToNtoN DrAmA JoDoH Itu MiLiK KitA Full EpiSoD OnLiNe sudah...

Scene #JodohItuMilikKita ep 24  dalam novel #JIMK....

"I'm sorry...i'm so sorry. Saya tak berniat untuk lukakan awak. Tapi, saya terpaksa, Dahlia...." - #AarizDanial

"Awak takkan sejuk lagi, sayang..." 


Sayangnya #Aariz buat #Dahlia setinggi Gunung Everest. Kasihnya Aariz buat Dahlia sedalam Jurang Mariana. Namun sayang....realiti tidak seindah impian. Lalu, demi cinta itu, pemilik hatinya harus dilepaskan.

"Maafkan saya, Dahlia. Hati saya tak cukup kuat...."

Scene #JodohItuMilikKita ep 25 part #Dahlia merayu kat #Aariz yang dalam novel #JIMK....


Sedaya upaya Aariz berusaha mempamerkan wajah tenang, cuba menahan air mata lelakinya yang menunggu masa untuk menitis. Beberapa kali dia mengetap bibir. Namun akhirnya dia gagal jua! Dia gagal dalam mengawal perasaannya. Dia kalah dengan perasaan yang menjadi rahsia dalam hati. Keadaan isterinya yang menangis tersedu-sedan di bawah kakinya benar-benar meruntun jiwa. 

Dan air mata yang cuba ditahan-tahan tadi akhirnya mengalir membasahi pipi. 

Lambat-lambat Aariz melutut di hadapan Dahlia. Tanpa suara dia hanya menatap wajah isterinya bersama linangan air mata.

Dahlia membalas pandangan suaminya, juga dengan air mata yang mengalir laju. Mereka saling berpandangan tanpa suara. Hanya kesunyian malam yang menemani dua keping hati yang menanggung derita, dua keping hati yang melirih hiba dan dua keping hati yang saling mencintai dalam diam.

“I’m sorry.” Akhirnya terluncur keluar juga kata-kata daripada mulut Aariz. 

Dahlia mengetap bibir. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia merasakan bahawa kata-kata maaf adalah kata-kata yang paling menyakitkan. Untuk apa maaf itu kalau Aariz tetap mahu dia kembali kepada Syafiq?

Perlahan Dahlia mengundurkan tubuh, menjauhi Aariz yang hanya memandang sebelum bangun dan berpaling. Dengan tubuh yang longlai, Dahlia menapak pergi. Namun selepas dua langkah dia menghentikan kedua kakinya.

“Bukan kata-kata maaf yang saya perlukan daripada awak.” Tanpa memandang Aariz, Dahlia menuturkan kata. 

‘What I need is you…’ sambung Dahlia dalam hati. 

Aariz terdiam lagi. Matanya melekat pada tubuh Dahlia yang semakin kecil dan semakin kecil di pandangannya. Belakang Dahlia yang kelihatan lemah dan penuh kedukaan, menghiris-hiris jiwa lelakinya. Perlahan Aariz menggenggam tangannya yang terketar-ketar. 

Dan sesaat kemudian….

“Aarghhhhh!!!!” Malam itu kondominium bernombor 110 bergegar dengan jeritan penuh luka pemiliknya. 

Dahlia yang kini berada di luar bilik terjelepuk jatuh di hadapan pintu yang terkatup rapat di belakangnya. Gegendang telinganya dapat mendengar dengan jelas jeritan suaminya. Jeritan hiba yang menggambarkan betapa lelaki itu sedang berduka. 

Perlahan Dahlia menoleh ke belakang, menatap pintu berwarna kelabu yang rapat benar dengan wajahnya. Lambat-lambat dia mengangkat tangan dan menyentuh pintu itu. Matanya seakan dapat menggambarkan suaminya menangis tersedu-sedan di atas lantai di sebalik pintu yang kini menjadi penghalang antara mereka berdua.

“You’re in that much pain. Tapi….kenapa…kenapa…kenapa awak nak saya tinggalkan awak?” soal Dahlia perlahan diselangi dengan esak tangisannya yang mendayu.

“Saya…saya…saya isteri awak, Aariz. Saya isteri awak…”












Scene #JodohItuMilikKita episod akan datang dalam novel #JIMK....

“Sekali saja, izinkan saya panggil awak…abang. Boleh, kan? Dari dulu lagi, saya teringin sangat nak panggil awak macam tu. Panggilan yang buat saya rasa yang saya ni seorang isteri.” Dengan nada sendu, Dahlia menyambung kata. Tangannya sudah pun menarik tangan kanan Aariz dan kemudian menciumnya. Penuh syahdu.

Menitis air mata lelaki Aariz saat bibir mungil Dahlia melekap pada belakang tangannya. Dalam hati, dia berusaha kuat untuk melawan keinginan untuk mengusap kepala Dahlia yang menunduk.

Abang, Lia minta abang halalkan makan minum Lia selama Lia jadi isteri abang. Lia minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala dosa Lia pada abang. Lia tahu Lia bukan isteri yang terbaik untuk abang. Dan izinkan juga untuk Lia cakap buat kali terakhir yang Lia….Lia sayangkan abang. Cuma abang dalam hati Lia.”

Aariz dapat merasakan air mata Dahlia yang sudah mula membasahi belakang tangannya. Bahu isterinya itu terhinjut-hinjut perlahan. Ah, tersiatnya hati dia melihat isterinya begitu!

Lambat-lambat Dahlia mengangkat kepala dan melepaskan pegangan tangannya. Kemudian dia menatap bola mata suaminya. Mata yang sudah pun mengalirkan air jernih. 

‘Kenapa awak menangis, Aariz? Bukankah ini yang awak nak?’ Hati kecil Dahlia menyoal sendiri.

~Novel #JodohItuMilikKita, m/s 635-636~

Kredit kepada Penulis Novel Jodoh Itu Milik Kita; Cik SA yang rajin mengupdate Official Facebook Jodoh Itu Milik Kita...

Thumb up!!!

Pic credit to http://www.perekacerita.com/2013/05/jodoh-itu-milik-kita-astro.html






No comments :

Post a Comment