-----------

-----------

Thursday, November 21, 2013

[HiBuRaN] ToNtoN DrAmA JoDoH Itu MiLiK KitA Full EpiSoD OnLiNe - EpiSod 40 (TAMAT)


Salam semua....

Haaaa....n3 arini pasal Drama Jodoh Itu Milik Kita yang tgh meletopsss sekarang kat Astro Mustika, Saluran 134...Sapa layan citer nih cepat angkat tangan!!! Yeahhhhh..mesti semua pon dok layan kan....wah wah..wah..bila tgk mesti tak pandang kiri kanan kan..menyaksikan aksi Aariz Daniel & Dahlia Darius yang sangat romantik, comey dan sangat2 sweeettt kan...

Sekarang nih Jodoh Itu Milik Kita tgh kemuncak episod..aksi yang sangat meruntun jiwa..perjuangan Dahlia mempertahankan cintanya dan pengorbanan Aariz melepaskan kasihnya...waaaa...sedihnyer..masih terngiang2 baris2 ayat dalam novel yang dilafazkan oleh Aariz ngan Dahlia...Farid Kamil ngan Tizz mmg serasi...sangat bersahaja sampai kita pon terawang2 bersama2 scene yg diorg lakonkan...

Sebenarnye mula2 aku bukan layan pon cite nih...kalo korang nak tau umah aku mmg tak de astro..tgkler tv3 ngan tv9 jer..tv1, tv2, pun kelabu asap jer..hahaha..bukan taknak pasang..tak de sapa nak tgk pon..semua pun keje kan..malam baru balik..tgk tv jap dah tido..buat bazir bayor jer..tp ada satu lagi alasan yg paling best...nti takut gaduh ngan bebudak nih abis remote diorg pegang aku tak dpt tgk tv plak...ekekekeke..

Memang mula2 malas nak layan sbb aku tau kalo aku dah layan nanti mmg bawak ke tido, tmpt keje semua...macam citer adam & hawa dulu..Tapi memandangkan hari ahad tu aku tersangatlah free kat rumah, so aku pun gatal tangan dok tekan2 Jodoh Itu Milik Kita Full Episod Online..mula2 episod 1 - 5, pastu layan lagi..dan lagi..dan lagi...pastu abislah...kalo korang nak tau ari ahad aritu aku tgk start kul 3 ptg smpi kul 3pg layan Jodoh Itu Milik Kita episod 1 - episod 24..amik ko...kan...sapa suh start...Pagi2 raya hari smlm pon bgn2 terus bukak hp play episod 25..paling best lunch tadi smpi snggup tak kuar nak tgk episod 26..tapi diorg belom download lagi...maybe sibuk nak raya kan..padan muka aku..dah kena kuar tapau makan..hahahaa

Okaylah taknak bebel2 lagi..jom pada sesapa yg lom layan..meh sini aku bagitau info2 pasal cite ni yer...

TAJUK: JODOH ITU MILIK KITA

Astro Mustika, Saluran 134
Masa: Isnin - Rabu @ 10 mlm
Pelakon: Farid Kamil, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Lana Nordin 
Drama bersiri : 40 episod 
Terbitan: Pena Creative Pictures Sdn. Bhd 
Arahan: Jamal Khan
Adaptasi: Novel Jodoh Itu Milik Kita
Penulis:  Sara Aisha 

Sinopsis

Perkenalan antara Dahlia dan Puan Marina membawanya kepada pertunangan dengan Syafiq, anak Puan Marina. Walaupun mereka tidak bercinta, Dahlia bersetuju dengan pinangan Puan Marina kerana rasa hormat dan sayangnya pada wanita tersebut. Sementelah pula dia berasa simpati pada Puan Marina yang menghidap kanser perut dan tidak mahu mengecewakannya.

Pada hari pernikahan mereka, Syafiq melarikan diri atas sebab tidak dapat menerima pernikahan pilihan keluarga . Dalam kekusutan yang berlaku, Aariz Danial, abang kepada Syafiq yang baru kembali dari Melbourne diminta oleh Puan Marina agar menggantikan adiknya sebagai pengantin lelaki. Walaupun Dahlia membangkang keras, dia akhirnya terpaksa akur tatkala Puan Marina mula merayu-rayu. Aariz dan Dahlia bermula sebagai seorang kawan dahulu walaupun sudah halal berkahwin. Hormat menghormati sesama sendiri. Tanpa pengetahuan mereka, cinta diantara mereka sudah berputik. Syafiq telah ke Christchurch, New Zealand untuk mencari Alya, teman wanitanya yang melarikan diri daripadanya kerana takutkannya.

Sementara itu, Aariz mula gusar apabila ibunya memintanya membawa Syafiq pulang. Syafiq juga terkejut apabila mengetahui Dahlia berkahwin dengan Aariz. Perasaan benci membuak di hati Syafiq, lantas dia berikrar untuk memusnahkan kebahagiaan Aariz. Provokasi bermula. Aariz yang semakin berubah membuatkan Dahlia risau. Syafiq mula mempengaruhi Dahlia tentang siapa diri Aariz Danial yang sebenar.

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri

So..amacam? ada bran nak layan? Kalo korang pon macam aku tak de Astro jangan risau..korang leh tgk online..meh click kat bawah nih...Korang leh gak tgk update dari Facebook Jodoh Itu Milik Kita..


Jom cuci mata tgk gambar2 sweet diorg nih...















3 comments :

  1. akak.. episod 7 xleh tgk.. kenape?

    ReplyDelete
  2. Yelah Sarah..Akak check pun xbleh..rasa astro dah remove kot..Akak check 3,4 website semua pun xbleh bukak Episod ni.. Nti Akak try cari lg & update new link ya...btw thanks sudi singgah blog Akak :)

    ReplyDelete
  3. aaaaaaa.. okei, terima kasih akak :) nak tengok jimk punye pasal.. sume website sy terjah. hehe..

    ReplyDelete