-----------

-----------

Sunday, January 12, 2014

[Resepi] Homemade Ayam Goreng Ala KFC Simple & Sedap

Assalamualaikum & Selamat hujung minggu...

Hujung minggu ni semua mesti nak masak simple2 jer kan...sambil relex2 dgn keluarga & anak2 depan tv...so arini aku nak share resepi homemade ayam goreng ala KFC. Lepas ni tak payah dah g KFC beli...buat sendiri kat rumah lagi puas hati...dapat makan banyak2 dgn semua ahli keluarga..dan yg penting air tangan sendiri...dapat pahala lagi ;)

Okay...tak moh Cakap lagi..moh la kita tgk resepi yg senang & sedap nih...

Ayam Goreng Ala KFC
Resepi : Ijan Blogresepi
Sumber : Kak Nur & Zaliedana

Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk 
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung (aku guna tepung gandum jer)
1 cawan tepung beras pulut (aku guna tepung gandum jer)
3 ulas bawang putih ditumbuk (skip)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan Tambahan
1 biji telur 
Minyak secukupnya 

Cara2
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.



Actually buat ni masa g picnic cuti new year aritu..tak menyempat nak menyelit resepi...mmg sedap tau...Cuba tgk muka kakak makan tu..sampai xmoh tgk camera....Korang kena Cuba baru tau...hehe...

Selamat Mencuba!! Selamat Hujung Minggu!! 

No comments :

Post a Comment