-----------

-----------

Wednesday, September 25, 2013

[HiBuRaN] SiNopSiS DrAmA FiRa AyUni TV3 vs LoVe yOu Mr. ArRoGaNt

Salam,

Arini nak cite pasal drama plak..Yelah Drama Luna Asmara & Cinta Jannah sudahpun melabuhkan tirai...Jadi mestilah ada cite lain yg bakal mengganti ye tak? Okay..malam ni Episod pertama drama Fira Ayuni yang menggantikan cite Luna Asmara..Intro macam tak best..tp tak tau lah kan sbb biasa mula2 mmg slow sikit..so jom tgk apa sinopsis cite Fira Ayuni nih...

TAJUK: FIRA AYUNI 

TERBITAN: Temenggong Pictures Sdn Bhd
SLOT: Samarinda
EPISOD:15
MULAI: 24 September 2013
MASA: 10 Malam - 11 Malam
HARI: Isnin - Rabu
PENGARAH: Azma Aizal Yusoof
PELAKON: Faralyna Idris (Fira Ayuni), Azlee Khairi (Duqqi Amani), Shah Iskandar (Hadi Herwan), Intan Ladyana (Rozita), Datuk Eizlan Yusof (Datuk Fahmi) dan Fazlina Datuk Ahmad Daud (Datin Shamsiah)

SINOPSIS
"Fira Ayuni mengisahkan seorang anak tunggal dalam keluarga ahli perniagaan berjaya, Datuk Fahmi dan Datin Shamsiah. Sejak dari kecil Fira sudah menunjukkan minatnya pada bidang muzik. Apabila remaja, Fira yang boleh bermain piano sangat aktif dalam muzik terutama penciptaan lagu. Bagaimanapun, dia melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan kerana bercita-cita menjadi ahli perniagaan berjaya seperti bapanya.Di kolej, Fira sering diganggu oleh seniornya, Duqqi Amani. Sejak minggu orientasi lagi, Duqqi sering dilihat suka mencari pasal dengan FiraKetika itu, Fira hanya mengikut saja arahan Duqqi yang menjadi fasilitatornya. Namun, selepas minggu orentasi, Fira mula berubah menjadi agresif dan melawan.

Duqqi juga berasal dari keluarga berada yang mengusahakan perniagaan import dan eskport peralatan muzik di samping mempunyai galeri menjual alat muzik dan studio jamming sendiri.Perwatakan Duqqi bukanlah jahat tetapi dia sangat nakal.

Apapun, kebahagiaan Fira mula direntap selepas ibunya meninggal dunia akibat barah.

Datuk Fahmi tidak dapat menerima hakikat itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu sibuk dengan perniagaan. Beliau juga tidak mempedulikan Fira lagi. Malah, bapanya juga menghalang Fira bermain muzik hingga Fira membuat keputusan keluar dari rumah keluarganya dan membina hidup sendiri. Fira kemudian bekerja dengan Nusantara Holding yang diuruskan Hadi Herwan yang juga abang kepada Duqqi

Sikap Hadi yang baik membuatkan Fira jatuh hati padanya. Malangnya, Fira ditangkap khalwat dengan Duqqi di studio jamming kerana rancangan jahat Rozita. Rozita sukakan Hadi tetapi cintanya tidak di balas. Hadi terpaksa melepaskan cintanya terhadap Fira selepas insiden itu.

Fira dan Duqqi yang dipaksa kahwin selepas mereka ditangkap khalwat menjalani kehidupan masing-masing secara berasingan. Ini kerana, tiada cinta di antara mereka

Apakah seterusnya yang berlaku pada perhubungan Fira dan Duqqi? Apakah Hadi akan memiliki semula cinta Fira? Bagaimana pula dengan rancangan jahat Rozita?

Semua konflik dan ranjau kehidupan yang harus dilalui Fira ini terjawab dalam drama Fira Ayuni. Pun begitu, mampukah Fira mendapat restu bapanya untuk mencipta nama sebagai seorang komposer berjaya? "


Okay ni antara babak2 yg dapat aku korek dari en google :)
Amacam sinopsis Fira Ayuni best tak? Nak tau best ke tak..kita tgk jelah ye tak mcm mn cite Fira Ayuni nih.

Okay satu lagi Drama terbaru yg bakal menggantikan Cinta Jannah...Love you mr. arrogant...mmg aku tunggu2..mesti best giler punya....Drama Love you mr. arrogant diadaptasi dari novel...biasalah kalo adaptasi novel mesti best punya..lagi pun novel ni mmg aku dah banyak kali baca...mmg best jalan citer diaa....harap2 pelakon2 dia dapatlah menhayati watak sama macam kat novel tuh..Jom kita tgk sinopsis Love you mr. arrogant....

TAJUK: LOVE U MR ARROGANT 
SLOT: Akasia
MULAI: 25 September 2013
MASA: 7 Malam 8 Malam
HARI: Isnin - Khamis
PELAKON: Hanez Suraya (Sherry), Zaara Amirah (Zara Zya), Norish Karman (Puan Sri), Syarul Ridzwan (Faisal), Azlee Khairi (Zafriel Irham)


SINOPSIS
"Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti.."

Ni gambar2 Love you mr. arrogant yg aku dapat dari FB Love you mr. arrogant  https://www.facebook.com/LoveYouMrArrogant
Jom cuci mata sebelum tido!!! Ish tak sabar2 tak sabar2...kena balik awal nih..hehehehe















No comments :

Post a Comment