-----------

-----------

Saturday, December 7, 2013

[ReSePi] HoMeMade LaSagNa SiMpLe aLa DoMiNo

Assalamualaikum...

Kita tinggalkan n3 sedih sebelum nih...selepas beforum di Ratu Hati..banyak info & ilmu yang dikongsi bersama...alhamdulillah sedikit sebanyak dapat meredakan kegelisahan aku....dan aku jugak sedang berusaha mengawal emosi, stress & temper...Dan di antara cara2 aku nak mengawalnyee adalah dengan....jeng jeng..jeng...of course lah M.A.K.A.N!!! So, arini nak repeat balik homemade lasagna ni..Sebenarnya rabu aritu aku dah buat dah..tapi oleh kerana buat cepat2 sbb laki aku nak g keje sblm kul 9mlm..then aku plak stat masak kul 7.45mlm...jadiknye...buat pon main campak2 jer & hasilnye tak delah "kick" mana pown...Tapi arini aku repeat balik bagi Homemade lasagna aku ni bagi lagi "kick" ikut resepi asal...Resepi ni aku dapat dari blog Cik Mat Gebu. Jom kita usha resepi


Resepi HomeMade Lasagne
Sumber: Mat Gebu

Bahan Utama 
Kepingan Lasagne secukupnya 
White sauce (resipi dibawah)
Inti daging (resipi dibawah)
Parutan keju mozarella secukupnya
parutan keju cheddar secukupnya

Bahan Inti
450 g daging kisar - aku pakai 250g
2 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*ditumbuk halus) - tak letak
1 camca besar cili kisar - tak letak
2 helai bay leaf - tak letak
1 camca teh serbuk lada hitam
1 tin tomato "plum" diramas - tak letak
1 camca besar rempah kari daging - tak letak
2 camca besar tomato puri
1 tin cendawan butang, tos, cuci dan hiris nipis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk White Sauce 
600 ml susu segar - aku letak 400ml
3 camca besar tepung gandum - aku letak 2 1/2 camca
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam

Cara membuatnya
UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk, tomato puri dan cili kisar hingga wangi, masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaul rata. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging berubah warna. Tuang tomato plum yang telah diramas tadi bersama lada hitam. Masak hingga mendidih. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

UNTUK WHITE SAUCE :- Panaskan susu bersama tepung, kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan secubit garam dan juga lada hitam, masak sambil terus mengacau hingga bancuhan pekat. Gunakan api perlahan. Angkat dan sejukkan.
PENYEDIAAN LASAGNA :- Panaskan air hingga mendidih, campur 1 camca teh minyak makan dan celur kepingan lasagna sehingga lembut, angkat dan letak atas dulang yang disapu sedikit minyak masak. Buat hingga siap. (susun seperti dalam gambar - boleh tgk link Mat Gebu).

Sapukan bekas lasagne dengan sedikit mentega, alas dasarnya dengan sekeping lasagne, sudu dan ratakan inti daging, tabur sedikit parutan keju cheddar (tak letak, keju aku letak lapisan terakhir jer) dan alas dengan kepingan lasagna, kemudian sapu dengan white sauce, lapis lagi dengan kepingan lasagne dan ratakan lagi inti daging. Buat hingga siap dan lapisan terakhir diakhiri dengan baki inti daging dan tabur dengan keju mozarella.

Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Boleh dihidang panas atau pun suam

Tadaaaa.....Dah siap!! Meh tgk aku punya Lasagna yg Marvelous nih..Hilang stress..hati pun happy :) Selamat Mencuba!!








No comments :

Post a Comment