-----------

-----------

Saturday, January 4, 2014

[Resepi] Homemade Kentang Goreng, Cheesy Wedges & Cheesy Ball Ala KFC


Assalamuaikum....

Atas permintaan ramai..aku nak share resepi ni..sangat2 senang & puas hati sbb buat sendiri...yg penting sedap..aku merajinkan diri buat ni sbb tgk kakak mcm susah jer nak beli makanan kat kantin masa waktu rehat..plak tu makanan nyer pun bukan fresh sangat pown..jadiknya tu yang usha resepi2 ni utk buat Bekal kakak...happy sangat taw! kalo banyak Boleh terus simpan frozen..next time tinggal goreng jer...tak payah beli dah...nak buat pun modal bukan banyak pon...yang penting confirm jadik dengan hasil tangan sendiri..tersangat2 puas hati..Kalo anak taknak makan..mama lah makan...so jangan salah kan mama kenapa bam bam bam ye..Abis kenapa semua org taknak makan? Sayang tau...Hehe..

Okaylah..taknak bebel2 lagi..Jom kita usha resepi nyer...


Resepi Kentang Goreng Ala Ala Kfc

Bahan-bahannya:

Kentang.
Tepung gandum.
Baking Powder.
Baking soda.
Garam.
*Jika guna tepung serbaguna tak perlukan baking powder dan baking soda.

Cara-caranya:

Potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki.agak-agak macam kentang kat Kfc tu la ya:)

Kemudian rebus dengan sedikit garam  hingga 1/2 masak dan toskan.Gaul dengan tepung yang di ayak dengan sedikit  baking powder dan baking soda.

Akhir sekali di goreng hingga garing atau perang keemasan.


Resepi Wedges
oleh: nOOrsha Crispy Potato

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam l
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok (aku pakai jugak kuning telur, Malas nak asing2)
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam

Cara-cara

kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.

Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.


Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang. (Aku gaulkan je dalam bekas besar)

Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.

Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges, thousand island & mayonis.



Resepi SOS Cheesy Wedges

BAHAN - BAHAN : 
(aku buat separuh dari bahan2 kat bawah ni)

3 sudu tepung gandum 
Setengah buku butter
2 kiub pati ayam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit lada putih
Sedikit lada hitam
12 keping cheese
500 ml susu penuh krim
Pewarna kuning

CARA - CARA :

1. Cairkan butter dalam non-stick pan. Tapi kalau takde, boleh je guna pan biasa pun.
 2. Lepas tu masukkan pulak susu dan tepung gandum. Gaul sampai tak berketul ok?
3. Lepas tu kacau sampai jadi halus macam gambar kat atas tu.
4. Masukkan cheese.
5. Pastu masukkan pulak serbuk perasa, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning. Kacau lagi sampai sebati.
6. Haaa kacau sampai jadi macam ni. Nampak tak teksturnya yang halussss? Lepas tu tutup api.



Resepi Bebola cheese ala KFC (Home made)
Oleh: Eyra Amira Farhana


BAHAN2:
1-350 gram ubi kentang( direbus dengan sedikit garam dan gula secukup rasa)
2-250 gram tpg gandum( saya guna sehingga adunan sebati ja dan mix sedikit tepung jagung untuk bagi rangup)
3-5 biji telor( saya guna 1 ja sebab ubi kentang sikit,bergantung jumlah ubi kentang yang digunakan)
4-serbuk lada( saya tak guna sebab dah habis..huhu)
5-250 gram keju yang dipotong dadu
6-serbuk roti secukupnya

cara2:
1- ubi kentang yang direbus tadi dilenyek sehingga hancur( blender ja senang..hehe)
2-tabur lada,tepung sehingga sebati
3-ambil adunan sebesar bebola leperkan dan masukkan keju ditengah dan bulatkan( seperti dalam gambar)
4-golekkan dalam serbuk roti
5-golekkan dalam telor yang telah dipukul
6-kemudian golekkan sekali lagi dalam serbuk roti sehingga semua bersalut rata
7- gorengkan dalam minyak yang panas sehingga warna menjadi keperang perangan dengan api yang sederhana sebab serbuk roti cepat hangus nanti
8- angkat dan boleh dimakan dicicah bersama sos cili..


Buat banyak2 simpan dalam fridge..next time tinggal goreng jer...senang sangat kan? So, tunggu apa lagi? Cepat2 g buat....Selamat Mencuba!!







Selamat Tahun Baru 2014


Assalamualaikum di minggu pertama tahun 2014....

Rasanya belom terlewat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2014 kan... :)
Sekejap sangat masa berlalu..zaman sekolah yg menyeronokkan, zaman university yang happening, zaman bujang yang tah apa2..zaman berdua dgn cik abang suami dan seterusnya zaman bergelar mama kepada 2 org putera & puteri aku...dan pada tahun ni gak, puteri aku dah masuk Darjah 1! Tak percaya siutt..kejapnye budak2 ni membesar..macam tak perasan jer..rasanye tgk kakak ni masih baby & hari ni dah skolah plak...



Bila kakak dah masuk darjah satu ni aku semakin sedar yg tanggungjawab aku semakin besar...dan aku dapat rasakan yang masa2 aku bersama kakak sebelum ni masih tidak mencukupi dan azam aku tahun 2014 nih aku nak pastikan yg aku akan habiskan masa2 berkualiti aku dgn anak2 aku..aku akan pastikan yang aku nampak diorg membesar depan aku...setiap perubahan diorg aku akan pastikan aku org pertama yg perasan...Setiap cerita2 baru diorg, aku akan jadi org pertama yg akan diorg kongsikan...insyaallah semoga Allah merahmati & merestui niat aku..Amin..





Berbalik kepada sambutan tahun baru 2014, aku, suami & anak2 tak de lah sambut apa2 pown..kalo ikutkan nak keluar rumah pon malas..yelah dah confirm2 jalan jammed..tapi memandangkan anak2 nak tgk bunga api...bawak gaklah budak2 ni g Putrajaya..tapi kitorg lepak kat dataran masjid putrajaya jer..bagi aku lagi sesuai bawak ank2 kat sini, at least kawasan tak sesak & senang nak monitor anak2..Pada aku, patutnya diorg kena sediakan satu screen besar sini, so at least org2 yg lepak kat sini pon boleh tgk ...dan yg bestnye tak payahlah semua org bersesak2 ke satu tempat jer..ye tak?? (pada akulah..hehe)










Alhamdulillah Sambutan Tahun Baru kali ni tiada kejadian buruk yg berlaku..syukur Malaysia masih aman..Perhimpunan di Dataran Merdeka KL pon berjalan dgn baik sekali..tiada keganasan yg berlaku...Pada pendapat aku, perhimpunan ni tak salah, rakyat malaysia sekarang semua sudah pandai berfikir..diorg cuma nak suarakan rasa hati mereka dgn harapan pemimpin2 malaysia dapat membuka mata & berfikir sejenak...aku bukanlah antara yang fanatilk dgn parti2 & politik..tapi dengan segala yg berlaku sekarang, sedikit sebanyak turut memberi efek pada kehidupan seharian aku gak..yelah dgn keadaan barang yg semakin naik, tapi gaji yg tidak naik2...jenuh jugak nak meng'ejas' perbelanjaan..hehe..aku cuma harap yg kerajaan dapat berfikir sekali lagi & menimbang2 semula.(ceh ceh..suara hati rakyat)

Okey..habis cerita suara hati rakyat ni..nak cite plak aktiviti kitorg cuti tahun baru 01.01.2014. Kitorgg piknik kat Sg. Congkak!! Yeay...mandi...budak2 ni kalo bab mandi mmg no.1. Tak hingat dunia...walaupun kitorg salah port..tapi asal bdk2 happy..mama pun happy gak...(ayat cliche..keh..keh). Aku masak mee goreng, ayam goreng ala kfc & sotong goreng buat bekal..abis licin...(sedap lerr tuh...puji diri sendiri..padahal lepas mandi kan lapar..apa yg ada mesti abis..hehe)


apa kes budak ini takut puloks...
Peaacee yo...
baba pown nak iterprem..hehe

self picture..salah fokus lah...:)







 Fuhh..syok wo...mandi ..sejukkkkk...sebab tu abis ayam goreng mama nih..sedapppp....

homemade Ayam  Goreng Ala KFC
yummy!!
Balik dari sini singgah bukit Ampang posing2 sambil menikmati pemandangan....
Jom tgk gelagat si kakak & adik berposing..."macam comel jer..macam cantik jer..."










Man of the Man posing.. Hadif Afzan B. Hatta Afendy :)





Princess Kasih Nur Zahra...
budak ni kalo mood baik..mmg posing mauttt..kalah model owkey..











Pehhh...panjang sungguh n3 arini..tahniah sbb scroll abis sampai bawah..hehe...Sekali lagi..Selamat Tahun Baru 2014 & semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini..Insyaallah...